Lutut Tidak Boleh Bengkok!
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Masih lagi entri yang berkisarkan tentang pengalaman kemalangan saya setahun yang lepas. Kalau nak dikongsikan di dalam satu entri, mesti ramai tidak mahu baca kan. Berderet ayat. Jadi, saya bahagi-bahagikan mengikut point penting.
Saya berada di Hospital selama 20 hari iaitu dari 20.9.2013 sehingga 9.10.2013. 20 hari tu memang hari-hari yang sangat lama bagi saya. Dengan keadaan terbaring, masih menyusukan Muhammad Ammar Zakwan yang baru berusia 10 bulan pula. (Bab penyusuan ketika sakit ni akan saya kongsikan di entri yang lain ya).
Sehingga lah pada 9.10.2013, doktor dah tetapkan masa untuk berjumpa dengan ahli fisioterapi. Sebenarnya mereka lah yang datang ke katil saya. (Ingat, saya tidak boleh bergerak kan :)) Pertemuan itu untuk menentukan sama ada saya boleh pulang ke rumah atau tidak. Mereka nak lihat sama ada saya boleh turun dan naik katil dengan sendiri atau tidak boleh.
Keadaan di hospital bulan 9, 2013 |
Alhamdulillah, sesi fisioterapi itu berjaya. Saya dibenarkan pulang. Seronok tak terkata. Hampir mengalirkan airmata juga. Bohong kalau saya kata saya boleh turun dan naik ke katil sendiri 100 peratus. Masih memerlukan bantuan, tetapi ahli fisioterapi tu hanya ajar dan bantu mana yang perlu sahaja kerana mereka nak saya latih untuk kuatkan organ, tulang dan tenaga saya sendiri.
Rupa-rupanya, siapa sangka kaki yang tegak dan tidak bergerak selama 20 hari itu KEJUNG, TIDAK BOLEH BENGKOK! Mungkin dalam 5-10 peratus sahaja yang bengkok tu. Allahuakbar, terpaksa letak bantal di bawah kaki untuk sokong kaki saya. Tapi saya lebih seronok sebab lepas dapat turun sendiri dan duduk di kerusi roda tu, adik saya bawa saya keluar dari wad dan pusing-pusing hospital dan hirup udara segar.
Sungguh, sangat segar! Barulah saya perasan, betapa selama ini saya tidak menikmati dan mensyukuri nikmat udara yang Allah telah berikan kepada kita semua. Bersyukur ya kawan-kawan. Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan nikmat ini semua.
Bila dah tahu lutut tak boleh bengkok tu, saya terus buat tempahan online beli set sendi iaitu AJHT, Omega Guard dan juga Ostematrix. Siapa sangka selepas beberapa minggu, lutut saya sudah boleh mula bengkok sedikit demi sedikit dan pengambilan vitamin ini juga mampu mengurangkan rasa sakit di bahagian sendi. Saya juga lakukan fisioterapi sendiri selepas subuh, nak lembutkan sendi katanya.
Kelebihan setiap vitamin di dalam set sendi:
1) ADVANCE JOINT HEALTH TABLET - mengekalkan tulang rawan yang sihat
~ menyokong keselesaan sendi
~ memelihara tisu-tisu penyambung yang sihat
~ meningkatkan kesan kusyen
2) OMEGA GUARD - mengurangkan inflamasi
~ omega 3 melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
~ bertindak sebagai pelincir. Membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
~ pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamin dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi.
3) OSTEMATRIX - mengekalkan sel tulang yang sihat
~ kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen
~ magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.
Alhamdulillah, dengan izin Allah lutut saya dah boleh bengkok dan otot serta sendi saya juga bertambah kuat selepas mengambil vitamin-vitamin di atas. Nantikan entri saya selepas pembedahan dan juga liku-liku penyusuan di hospital nanti ya.
Link menarik:
>>> Set Sendi
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana