Tips Kesihatan dan Kecantikan: Ibu Hamil

Followers

Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

10 Makanan Terbaik Mesti Diamalkan Ketika Hamil

Teks kredit: PAMA
Assalamualaikum w.b.t,

10 Makanan Terbaik Mesti Diamalkan Ketika Hamil | Apa yang ibu mengandung makan sudah tentu akan diperoleh oleh anak dalam kandungan. Oleh itu jika hamil, pastikan ibu menjaga pemakanan. Makan makanan yang terbaik supaya anak di dalam rahim membesar sihat dan cerdas.

  1. Kurma
            Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal kehamilan.
  1. Buah tin
            Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada yang basah. Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.
  1. Madu
            Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang. Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi penawar pelbagai penyakit jika                       diamalkan meminumnya setiap hari.
  1. Delima
            Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah bacaan hb darah rendah, memang                         disarankan makan buah delima atau minum jus delima.
  1. Susu kambing
            Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang tua mengatakan ibu hamil amat elok minum susu kambing untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.
  1. Saffron
            Ibu hamil digalakkan mengamalkan makan saffron untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning semasa lahir nanti. Antara khasiat lain termasuk merawat penyakit sawan, demam serta melancarkan pengaliran darah.
  1. Barli
            Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia juga bagus untuk memabntu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (jangan campur gula). 
  1. Tembikai
            Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang mempunyai masalah air  ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah tembikai. 
  1. Zaitun
           Sapulah minyak zaitun pada perut ibu mengandung, Insha Allah masalah regangan perut akan berkurangan.
  1.  Halia
     Halia terkenal sebagai makanan membuang angin, memanaskan badan dan membantu penghadaman. Selain itu ia juga berkesan mengurangkan rasa loya yang dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan selain membantu melancarkan pengedaran darah.


Sebenarnya banyak lagi makanan yang bagus diamalkan ketika hamil, selagi ianya tidak berlebihan insyaAllah dapat memberi manfaat pada ibu dan juga bayi yang dikandung.





Atasi Keputihan Ketika Hamil



Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Keputihan adalah masalah biasa bagi wanita, tetapi sejauh mana ianya normal bagi ibu hamil? Keputihan yang normal ialah lelehan keputihan yang berwarna putih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan pada vagina. Lelehan ini dikatakan melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.


Keputihan ketika hamil yang tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai oleh kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti candidiasis, juga dikenali sebagai yis. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.


Atasi keputihan dengan Garlic Complex

Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus.


Menurut kajian dari Universiry of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan. 


Jangan ambil mudah keputihan ketika hamil kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada anak yang dikandung. 


Ingin dapatkan Garlic Complex secara talian? Klik gambar di bawah.


Kredit info: sini


Persediaan Berpuasa dengan Shaklee

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

3 hari lagi, ramadhan bakal menjelma. Ada yang sedang gigih mengganti puasa (bagi yang perempuan), ada juga yang sedang membuat persiapan dari segi rohani, berlatih bangun di 1/3 malam sebagai persiapan menyambuat Ramadhan tidak lama lagi.

Bagaimana dengan persiapan dari segi makanan pula? Shaklee ada menawarkan set berpuasa yang di panggil Mighty 3 Gem. set ini terdiri dari ESP, Performance Drink dan juga Mealshakes

Set berpuasa dari shaklee

Saya mula berpuasa dengan Shaklee kira-kira pada tahun 2011, tetapi ketika itu, saya hanya mengambil ESP di samping vitamin-vitamin yang lain. Memang terasa keberkesanannya dari segi kekenyangan yang lama. Tetapi tahun 2013, saya mula menambah Performance Drink sebagai persiapan saya berpuasa kerana ketika itu saya sedang menyusukan anak saya yang kecil. 

Maklum lah ketika menyusu, saya sentiasa haus. Sangat berbeza! Saya kurang rasa haus, dan saya boleh bertahan sehingga petang serta badan terasa bertenaga. 

Perbezaan yang paling ketara ialah pada suami saya (beliau hanya ambil Performance Drink tau). (Pesakit gout tidak dibenarkan ambil protein dalam diet harian.) Beliau memang mempunyai sakit gout. Pesakit gout ni tidak boleh kekurangan cecair dalam badan. Jadi, bila berpuasa beliau hanya sihat 2 minggu sahaja, 2 minggu yang selebihnya sakit gout. Kaki membengkak. Bila ambil Performance Drink tahun lepas, Alhamdulillah! Sihat walafiat. Gout tidak menyerang langsung! Terus beliau jatuh cinta dengan Performance Drink ni. Hehe...

Kelebihan ESP

Kelebihan Mealshake

Kelebihan Performance Drink

Set ini berharga RM346.25. Jika anda inginkan harga yang JAUH LEBIH MURAH, jom sertai kami dengan menjadi ahli Shaklee hanya RM75 s/ RM85 ss sahaja SEUMUR HIDUP. Lebih istimewa akan berada di bawah team saya AMAZING EMPIRE yang dikendalikan oleh saya.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070

Email: hanamarsom@gmail.com
PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau terus buat tempahan anda di sini Tempahan produk  



Pentingnya Iodin Semasa Hamil

Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia.

Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.


Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.

Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, sangat penting memastikan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak mendapat iodin secukupnya. Untuk pengetahuan, lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan PERLU diambil setiap hari. Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.

“Wanita hamil dan wanita yang menyusukan perlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa,” kata Prof. Eastman yang turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghasilkan kajian mengenai Kekurangan Iodin dalam Kanak-kanak (IDD).

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekurangan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang baru lahir. Antaranya ialah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan. Oleh sebab itu, pengambilan iodin sepanjang tempoh kehamilan sangat PENTING!!. Ketahuilah bahawa tubuh hanya perlukan sedikit iodin dan bahan ini wujud dalam kebanyakan makanan. 


INFO:

Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Pun begitu, kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220µg iodin setiap hari. Manakala bagi wanita yang menyusukan bayi, dicadangkan agar mengambil sebanyak 270µg setiap hari.

Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati semasa dilahirkan
  • Kelahiran anak yang juga kurang iodin
  • Anak terencat akal
  • Pembesaran anak terbantut
  • Anak yang pekak
  • Anak yang bisu
  • Anak yang lemah anggota badan
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan produk yang mengandungi iodin, anda disarankan untuk mengambil Vitalea Iron Formula Shaklee. Vitalea mengandungi 75mcg kandungan iodin dan pengguna dinasihatkan mengambil 2 tablet sehari untuk memenuhi keperluan sehari iodin di dalam tubuh.

2 tablet = 40 jenis lauk

Vitalea Iron Formula
120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM88.75

Seperti penerangan di atas, ibu hamil dan ibu yang menyusukan disarankan mengambil makanan yang mempunyai keperluan iodin untuk dibekalkan di dalam badan. Ini lah sebabnya Vitalea terdapat di dalam set hamil dan set penyusuan shaklee.
Sumber


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com



Bolehkah wanita hamil menaiki kapal terbang ketika hamil?

Apakah akan menjejaskan keselamatan diri dan kandungan apabila perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang?

Jangan risau kerana apabila berbicara soal keselamatan ibu hamil naik kapal terbang, ia sebenarnya adalah pengangkutan selamat sehingga kandungan ibu berusia 36 minggu.

Suatu kajian mengenai risiko menaiki kapal terbang ketika hamil yang diterbitkan dalam Journal of Occupational and Environmental Medicine merumuskan bahawa ia tidak menemukan sebarang risiko tinggi komplikasi kehamilan untuk kaki tangan syarikat penerbangan mahupun orang awam.

Bagaimanapun, biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, ibu hamil masih perlu mengambil tahu beberapa faktor risiko yang mungkin boleh timbul.
  1. Radiasi kosmik. Kapal terbang melalui kawasan atmosfera yang nipis lalu mengurangkan perlindungan diri terhadap radiasi. Lebih lama atau kerap menaiki kapal terbang semakin tinggi paras kapal terbang, lebih banyak pendedahan radiasi kosmik yang boleh dialami. Tetapi tiada bukti saintifik menunjukkan kesan buruk kepada fetus yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi.

  1. Risiko thrombosis. Ibu hamil berisiko mengalami darah beku dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan yang dilalui. Kurang minum air juga akan cenderung mengakibatkan dehidrasi, seterusnya mencetuskan DVT.

  1. Kelahiran pra matang. Bagi ibu yang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang, sebab itu kebanyakan doktor tidak menggalakkan ibu hamil menaiki kapal terbang ketika kandungan berusia 32 minggu.

Oleh itu sebelum menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pastikan anda mengambil tahu beberapa panduan berikut:
  1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

  1. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapal terbang seperti uri di bawah, kontraksi pra matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal.

  1. Dapatkan surat kebenaran daripada doktor.

  1. Pakai pakaian yang selesa dan longgar.

  1. Banyakkan minum air.

  1. Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

  1. Kerapkan perjalanan, sekiranya perjalanan dalam kapal terbang mengambil masa yang panjang.

  1. Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang pergerakan regangan - atau duduk di bahagian laluan.

  1. Digalakkan memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi.

  1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.
Credit

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Salam sayang,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Norhana Marsom
SID: 866186
Page: Family Health Supplement

Asid folik untuk Ibu hamil

Saya tertarik dengan petikan dari sumber ini. Petikan penuh boleh klik ini.

Hasil carian di google berkaitan asid folik "semasa hamil"
--------------------------------------------------------

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!
--------------------------------------------------------

Pilihan saya? Ini dia supplemen asid folik kegemaran saya
ibu hamil dan b complex
B-Complex
120 biji
Harga runcit semennajung Malaysia ialah Rm53.75

Di Shaklee, supplemen yang membekalkan asid folik ialah B-Complex. Di dalam B-Complex ini terdapat kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Untuk mendapatkan 100% nilai harian, anda perlu mengambil 1 biji setiap hari.

Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan