Followers

Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Senaman yang Diperlukan untuk Tulang Sihat

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Senaman yang Diperlukan untuk Tulang Sihat | Sejauh mana kita ni minum susu untuk kebaikan tulang kita sendiri?. Kebanyakan kita minum susu ketika kecil, bila meningkat dewasa pengambilan susu sangat terhad. Bukan semua orang tapi kebanyakan mereka yang saya kenali termasuk diri saya sendiri. :D


Korang tau tak?
Senaman angkat berat merupakan senaman yang paling baik untuk meningkatkan jisim tulang dan mengurangkan risiko kadar kehilangan tulang. Sebarang senaman yang melibatkan hentakan tulang mampu menambah manfaat terhadap tulang yang sihat.


Dr. Bruce Miller menyarankan lebih kurang 30 minit setiap hari, tingga hingga lima hari dalam seminggu untuk melakukan senaman. Antara senaman yang dicadangkan ialah:
  • Berjalan
  • taichi
  • menaiki tangga
  • Berjalan di atas treadmill
  • Golf
  • Bermain badminton
  • Tarian aerobik
  • Berlari-lari anak di satu tempat
  • Berjoging
  • Menari
  • Lompat tali

Senaman mempunyai beberapa manfaat. Anda akan berasa lebih selesa, kelihatan gembira, dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah, mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan mengurangkan gejala-gejala menopaus yang lain. Oleh itu, perkara yang anda harus lakukan ialah memulakan satu program senaman dan pada masa yang sama usahakan untuk mendapat nutrisi yang optimum.


Suplemen yang membantu menambah jumlah kalsium di dalam badan anda ialah Ostematrix. 





Kalsium dan Magnesium Penting untuk Tidur Berkualiti

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya jenis yang tak suka minum susu, bukan salah susu tu tapi salah saya ni haa yang tak pandai nak menikmati keenakan susu tersebut. Kandungan utama dalam susu tentulah kalsium kan. Kekurangan kalsium akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.



Setiap malam saya akan ambil ostematrix iaitu sumber kalsium saya. Kalau hari itu adalah hari yang sangat memenatkan, malam tidur tetap nyenyak. Bangun tidur pun tak menggeliat keletihan lagi.


KEDUA, ostematrix membantu melawaskan. Saya memang ade masalah sembelit semenjak remaja. Bila saya ambil ostematrix pada waktu malam, esok paginya wajib membuang, baru rasa selesa.



KETIGA, mengurangkan sakit tulang belakang dan kaki saya. Selepas kemalangan dulu, kaki saya tak seimbang. Jadi bila selalu bergerak, tulang belakang saya akan sakit. Kalau saya tak ambil apa2-apa suplemen, saya memang lemah. Nak turun dari katil pun perlu ambil masa yang lama. Jadi OSTEMATRIX ni membantu mengurangkan lenguh dan sakit tulang belakang saya.


Ada banyak lagi sebenarnya yang saya rasa. Boleh tengok fungsi ostematrix di sini. Saya sangat2-sangat sarankan anda semua ambil ostematrix ni jika anda ada masalah seperti saya.



#1: Vitamin Untuk Mereka Yang Pernah Patah Kaki

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Baru ada masa nak update entri. Tadi pergi kenduri kahwin kat kampung ni. Tak tolong rewang tapi rewang makan je. :) Nak dijadikan cerita, tadi ada seorang makcik ni tanya lah saya ni. Yelah kena pula dengan hari ini cukup setahun kemalangan kan (okay, masih berhutang satu entri). 


Okay berbalik pada soalan makcik tadi. Beliau tanya saya, apa yang saya ambil untuk kaki saya ni. Boleh dikatakan teruk juga kemalangan saya dulu, patah peha kanan dan dislocate serta retak pinggul kiri. Masuk besi khas sahaja untuk pinggul kiri tu ya. Ada 2 jenis untuk sebelah kiri tu. (Nanti saya kongsikan gambar x-ray tu ya).


Kemudian, saya bagitahu yang saya ni makan shaklee sejak tahun 2010 jadi saya hanya amalkan itu sahaja dan ada juga berurut kampung. Saya ambil ESP, Ostematrix, Vivix, Zinc, Vit C, Vitalea, B Complex, Omega Guard dan AJHT (ada lagi vitamin lain, kalau senaraikan macam nak kata makan semua je). Haa banyak. Terkejut makcik tu. Tapi yang memang khusus untuk tulang yang patah tu, boleh lah saya cadangkan anda yang patah kaki ni ambil ESP, Zinc dan Ostematrix untuk yang bajet rendah.


Kenapa saya cadangkan 3 vitamin ini? Mari saya terangkan kelebihan vitamin-vitamin tersebut ye.



ESP:

- Mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. - saya tiada luka luar tapi saya pasti kat dalam mesti banyak yang luka. Kita tak nampak kan. Parut jahitan pula, saya puas hati, tak teruk sangat cantik je. :)

- Merangsang pembentukan semula otot dan kulit: semasa kita kemalangan, otot kita banyak yang dah cedera tau, jadi ESP penting untuk pembentukan semula otot ni.

- Mengembalikan kepejalan otot.

- Memberi tenaga: Ini penting sebab saya dah terbaring tanpa boleh bergerak langsung, rasa-rasa ada tenaga ke tak? Tiada ya. Saya hanya mampu goyang-goyang badan ke kanan dan ke kiri itu pun kadang-kadang je. Jadi ESP membantu saya untuk kekal bertenaga walau berbaring lebih 24jam. Sebenarnya 480 jam tau. (Ini di hospital je, belum tambah lagi ketika di rumah.)



Zink:

- Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman: Boleh lihat testimoni bibir saya berjahit. Anda pastinya teruja. 



Ostematrix:

- Menguatkan tulang dan sistem saraf.

- Mengurangkan rasa kebas, kejang dan sakit sendi.

- Meringankan tekanan: Duduk di hospital selama 20 hari, mesti rasa tertekan kan? Jadi, ostematrix membantu saya untuk kekal tenang.


Kesannya pada saya, tulang saya cepat bersambung badan saya cergas dan Alhamdulillah Allah izinkan saya boleh bangun, berdiri dan mula berjalan dalam masa 2-3 bulan selepas kejadian. Doktor menganggarkan 6 bulan hingga setahun tau. Mereka pun terkejut! Kuasa Allah!


Kalau ada kenalan yang patah kaki atau retak, jangan lupa cari saya ya. Kita bercakap one-to-one berdasarkan pengalaman yang ada. (Maaf entri saya terpanjang pula.)





Set Kesihatan Wanita Shaklee

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Wanita oh wanita! Bila bicara tentang kecantikan, kami lah yang paling suka bincangkan. Bila bicara tentang kulit, kami lah bukti kecantikan kulit tetapi adakah semua wanita menitik beratkan tentang KESIHATAN?

Saya pasti tidak semua bukan? Hanya segelintir mungkin. Kecantikan dan kesihatan harusla seiring agar kecantikan alami itu lahir dari dalaman dan terzahir di luaran. Alamak, bakunya. Harap-harap anda semua faham ya.

Di dalam Shaklee, kami mempunyai beberapa jenis vitamin yang boleh digabungkan untuk kesihatan wanita. Kombinasi ini disarankan oleh pakar pemakanan Shaklee yang meliputi meningkatkan kesuburan wanita, mencantikkan kulit, kesihatan tulang dan paru-paru. Set ini juga dapat membantu memulihkan asma di kalangan wanita.

Apakah yang terdapat di dalam set ini?

Set Kesihatan Wanita Shaklee berharga RM298.25

 
Manfaat Ostematrix:

1) Menyokong kesihatan tulang dan gigi
2) Mengurangkan simptom PMS
3) Memulihkan kekejangan dan kebas
4) Membantu masalah sembelit dan buasir
5) Membantu mengurangkan masalah gastrik

Manfaat Omega Guard:

1) Mengurangkan keradangan dan sakit sendi
2) Membantu mengurangkan alergi
3) Mengurangkan stress pada wanita
4) Menentang kanser
5) Meningkatkan sistem imun
6) Mencegah insomnia
7) Mengurangkan kolesterol
8) Membantu memulihkan asma
9) Membantu mengurangkan berat badan

Manfaat GLA Complex:
1) Mengatasi masalah haid tidak teratur
2) Melegakan senggugut
3) Mencantikkan kulit dan mengurangkan jerawat
4) Melambatkan menopaus
5) Mengansungi vitamin E untuk melindungi dinding arteri
6) Meningkatkan kesuburan untuk hamil


KEGUNAAN UNTUK 1-2 BULAN
 


KLIK untuk belian online!


Ostematrix untuk Tulang, Lenguh-lenguh dan Juga Sendi

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi kawan-kawan, nak cerita sikit ni. Malam tadi kan, saya lupa nak makan ostematrix. Yelah, saya ni dah kira wajib makan ostematrix sebelum tidur sejak-sejak tragedi dulu tu. Tragedi 20.09.2013 (hihihi, belum cerita lagi kan?...tunggu anniversary setahun :D ).

Selalunya kalau lupa makan satu malam, kaki masih okay lagi tapi kalau dah tiga malam asyik terlupa je nak makan, apa cerita? Mulalah kaki, lutut lenguh-lenguh. Tambah pulak kalau siangnya tu penat buat kerja, bertambah-tambah lah lenguh badan ni. 

Antara manfaat Ostematrix yang lain (klik untuk imej besar)




Ostematrix ini dikenali sebagai vitamin yang membekalkan kalsium dan magnesium ke dalam badan untuk menguatkan tulang. Ia membantu mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

1 botol Ostematrix ini berharga RM61 mempunyai 120 biji dan ianya penggunaan selama sebulan.


Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa, InsyaAllah saya akan balas.

SMS @ Whatsapp: 012-7350070 

Email: hanamarsom@gmail.com

PM di FB: Norhana Marsom

Jemput like page Family Health Supplement

Atau klik ikon di bawah untuk tempahan segera


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a584750e807e73159a3ec38cf03ec65f




Testimoni: Kaki Sakit Sembuh dengan Ostematrix Shaklee

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari kedua Ramadhan, Alhamdulillah masih diberi peluang, rezeki, masa dan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Azam saya tahun ini, nak terawih penuh dan khatam Al-Quran kecuali ABC laa. hehehe. Alhamdulillah, walaupun kalau ikutkan kaki ni tak larat nak solat lama-lama tapi Islam itu mudahkan, solat duduk lah pilihan saya. Tetapi memang kebanyakan waktu solat pun saya solat duduk kecuali kaki tiada masalah apa-apa baru saya solat berdiri macam biasa.

Alhamdulillah juga, saya mengambil suplemen untuk kuatkan kaki saya iaitu Ostematrix. Ostematrix ini membantu kita mengurangkan rasa sakit-sakit, kekejangan, kebas kaki dan juga menguatkan tulang. Malah ia juga dikatakan boleh mengurangkan penat-penat badan setelah seharian bekerja keras, selain dari membekalkan kalsium untuk badan.

Semalam saya dapat testimoni dari anak Shaklee saya Hafizah Nor Azmudin. Beliau berikan ibu beliau Ostematrix, dan kesannya sudah tidak ada sakit-sakit kaki lagi. Syukur Alhamdulillah.

Ramai yang sudah belikan Ostematrix untuk mak ayah mereka. Anda bagaimana?

Bulan Ramadhan ni, sesuai sangat kalau kita sebagai anak hadiahkan ostematrix untuk mak dan ayah kita kan. Mudahkan mereka untuk solat. Ye laa, solat terawih tu kan buat 11 rakaat (8+3). Kita yang muda ni tak mengapalah kan, bangun duduk bangun duduk tak terasa sakit sengal-sengal lutut tu. Kalau orang tua? Mesti mereka rasa letih kan? Tetapi mereka tetap gagahkan diri terus habiskan solat terawih sebulan. Kita yang muda ni, silap-silap seminggu sahaja rajinnya. 

Maaf lah, termarah pula. Hehe. Saya sudah hadiahkan pada mak dan abah saya. Anda pula bagaimana?



Cara untuk Mengelak/mengatasi Masalah Kencing Manis ketika Hamil

Teks & gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum ini saya sudah terangkan apa itu kencing manis ketika hamil atau GDM. Jadi sekarang, saya akan terangkan pula tentang bagaimana cara untuk mengelak/mengatasi masalah kencing manis ketika hamil menggunakan suplemen Shaklee.

Ok, apa yang Shaklee boleh bantu?

Set Kencing manis ketika hamil shaklee




Vitalea
  • Mengandungi zinc untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu membentuk insulin 
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil

B-Complex
  • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan 
  • Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

Ostematrix
  • Membekalkan magnesium yang diperlukan 
  • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu 
  • Terdapat sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pancreas untuk mengatasi masalah kencing manis

Tanda-tanda dan Punca Kencing Manis ketika Hamil

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Terdapat segelintir ibu-ibu mempunyai masalah terutamanya kencing manis ketika hamil. Penyakit ini hanya berlaku sementara dan ianya mungkin boleh menyebabkan kekal sehingga selepas bersalin. Tetapi penyakit ini boleh berlarutan jika ianya tidak dicegah.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat berkaitan Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Apa itu GDM?

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah masalah kencing manis atau gangguan penyerapan gula  yang terjadi di kalangan ibu mengandung. 

Keratan akhbar

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh ibu mengandung di mana peningkatan hormon-hormon lain telah mengganggu kecekapan fungsi hormon insulin dan menyebabkan insulin gagal mengawal gula dalam darah ke tahap yang normal.

(INFO: Insulin ialah hormon yang bertanggungjawab mengawal aras gula dalam darah secara semulajadi)

GDM berlaku disebabkan oleh tanda-tanda seperti sentiasa dahaga, kehilangan berat badan, makan dalam kuantiti yang banyak, kerap kencing dan keletihan tanpa sebab.

Kencing manis ketika hamil

Antara punca yang menyebabkan GDM ialah latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis. Antara lain adalah seperti di bawah:
  • Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  • Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4kg semasa lahir
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  • Pernah mengalami keguguran
  • Umur melebihi 35 tahun



NUTRISI Penting ketika Haid

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari tu dapat voucher buku dari mama Shaklee saya, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) Seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dapat beli gula-gula hehehe. Jadi hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan 24 jam wanita haid terlebih dahulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit.

Bagus buku ni, banyak ilmu yang dapat kita kongsikan

Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ini, semuanya saya amalkan kecuali Vitamin E. Di dalam shaklee, pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Zinc - zinc
Air pula memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar. Tetapi jika anda seorang yang sukar minum air masak, shaklee ada penyelesaiannya iaitu Performance drink shaklee. Saya suka kerana ia berperisa oren dan sangat sedap lebih-lebih lagi jika dihidang sejuk.



Ostematrix Shaklee untuk Ibadah Umrah

Sudah tiba musim orang mengerjakan umrah dan juga haji. Jarang kita dengar mereka yang mengerjakan ibadah ini adalah dari golongan muda, jika ada pun segelintir sahaja. Bukan tidak mahu mengerjakan ibadah ini tetapi masih mengumpulkan wang untuk ke arah itu. Kami juga tidak terkecuali.

Jadi, untuk memastikan dapat mengerjakan ibadah dengan sihat pastinya pengambilan suplemen sangat penting. Antara yang WAJIB adalah Ostematrix Shaklee.

Ini kerana antara manfaat Ostematrix Shaklee adalah menguatkan sistem sarah dan tulang.

Testimoni:

Shaklee dan Umrah

Pengguna ini juga menyarankan ostematrix untuk mereka yang nak buat umrah atau haji. Kerana apa? Kerana mereka sendiri sudah merasai keberkesanan Ostematrix Shaklee.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com




SENGGUGUT, Usah Dibiarkan

Senggugut atau PMS adalah penyakit bulanan seorang wanita. Tahap kesakitan itu bergantung kepada seseorang dan ia dianggap biasa. Tetapi, bagi mereka yangsering mengalaminua mesti merasa ianya satu seksaan..sakit yang teramat.

Sengugut ialah disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini menyebbakan kite berasa ngilu dan sakit.

Apa yang shaklee boleh bantu?

Shaklee mempunyai beberapa rangkaian produk yang dicadangkan diambil oleh mereka yang sering senggugut.

GLA COMPLEX
B COMPLEX
OSTEMARIX

Senggugut dan shaklee






Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Sakit kepala?

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 Ostematrix
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

 B-Complex
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM53.75


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah consume suplemen ini.



Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com



Kejang Betis Semasa Hamil

Kejang betis semasa hamil

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.


Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:

* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.

* Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.


Apa perlu buat?

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. 
  • Urut otot yang kejang itu. 
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.


Tip elakkan kekejangan betis

* Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

* Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

* Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

* Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

* Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

* Minum banyak air.

* Banyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium (kalium) dan magnesium seperti pisang dan produk tenusu.

Sekira ibu-ibu sukar atau kurang gemar meminum susu, Shaklee ada menawarkan produk yang boleh membekalkan kalsium dan magnesium iaitu OSTEMATRIX.

Ostematrix ini boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda.

Ostematrix Shaklee

Kandungan Ostematrix Shaklee
Ostematrix
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61

Jom kita tengok apa kata pengguna setia Ostematrix:
Testimoni ostematrix kejang ketika hamil

Testimoni ostematrix kejang ketika hamil
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Jangan ambil mudah HB rendah semasa hamil!



Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Anemia atau pun kurang darah ketika hamil adalah suatu yang normal kerana ketika hamil, si ibu berkongsi segala nutrien di dalam badan dengan anak yang di kandung. Adakah ianya perlu dipantau atau pun tidak? Kita akan tahu selepas ini. Tetapi sebelum itu, jom kita baca apa itu anemia.



Anemia ketika hamil dan shaklee


Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa berlakunya anemia?
************************
-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian

KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

Seriuskan masalah anemia saya?
****************************
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Ambil 2 biji Shaklee Vitalea setiap hari
2) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
3) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
4) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

Set kehamilan shaklee

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET KEHAMILAN kami..khas untuk IBU-IBU HAMIL.


Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 
 

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan