Followers

Showing posts with label Saham Akhiratku. Show all posts
Showing posts with label Saham Akhiratku. Show all posts

Tulisan Yang Bermanfaat

Teks: Norhana Marsom




Assalamualaikum w.b.t,

Tulisan Yang Bermanfaat | Dulu pernah terlintas di hati saya, apa tujuan saya buka blog ini. Apa tujuan saya sebenarnya? Dulu jawapannya, lebih kepada nak kongsi segala kebaikan Shaklee. Ok ini memang kebenarannya. Hingga suatu masa, saya diberi ujian Allah tanda Allah sayang saya.


Pernah juga suatu ketika, selepas ujian itu, saya terfikir-fikir lagi perlu ke saya kongsikan di blog saya ini? Berdebar juga nak buat keputusan. Akhirnya, saya gagahkan diri berkongsi kisah saya, apa yang saya lalui dan apa yang saya lakukan sepanjang perjalanan kisah saya itu.


Ramai juga yang hubungi saya, minta saya kongsikan apa yang saya lakukan sepanjang tempoh saya diuji Allah itu. Pastinya, kita tak boleh berdiam diri. USAHA USAHA USAHA selagi ada daya. Jangan putus asa.


Alhamdulillah, hari ini membuatkan saya tersenyum riang, kerana tulisan dan perkongsian saya juga bermanfaat. Sering saya ingatkan diri supaya tidak "syok sendiri", tidak membuka aib orang dan jauhkan diri dari "kumpul dosa" ketika menulis. Tegur saya ye jika saya ada melakukan perkara-perkara tersebut.


Saya semakin bersemangat nak menulis. Semoga Allah beri keizinan, berkati saya dan memberi keredhaan kepada saya.

TERIMA KASIH ALLAH!



Doa-Doa Perjalanan

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,



Doa-Doa Perjalanan | Musim cuti sekolah ni, mesti rancang nak bercuti bersama anak-anak. Jangan lupa baca doa keluar rumah dan juga doa di atas kenderaan ye.


Semoga Allah jaga dan lindungi kita sepanjang perjalanan. Selamat bercuti semua!


Credit: FB SinarFM


Kenapa Kamu Diam?

Teks: Dr Abdul Aziz Al-Sadhan

Assalamualaikum w.b.t,




Kenapa Kamu Diam?

Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.


Kenapa kamu diam?
Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.


Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.


Kenapa kamu diam?
Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah...

Kenapa kamu diam???

Sharing is caring



.

Petua Senang Hati

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Petua Senang Hati | Semua orang nak senang hati, bila dapat whatsapp dari kakak kat dalam group whatsapp kami sekeluarga rasa macam best kalau dapat sebarkan pada semua orang. Dapat juga membantu diri sendiri dan kawan-kawan lain untuk sentiasa senang dan tenang hai. Jom amalkan!






Fadilat Surah Yassin

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Fadilat Surah Yassin | Rasulullh s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:




  • Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  • Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  • Jika terpenjara akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesar boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  • Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membacanya surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali".
  • Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimansikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  • Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminum alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  • Rasululah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".




Konsep Rezeki


Assalamualaikum w.b.t,

KONSEP REZEKI 👑

🍪 Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

🌂 Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.


Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

🎈 Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

🍫 Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Sharing is Caring with love.



4 Cara Elak Perasaan Hasad Dengki



Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi tadi, sambil bersiap-siap terdengar seorang ustaz ni terang di TV3 dalam pukul 6 lebih ye. Saya tak pasti nama ustaznya sebab saya tak tengok, dengar sahaja. Mereka berbincang tentang perasaan hasad dengki dan ustaz beri 4 cara untuk elak perasaan hasad dengki ni bertakhta di hati. Jom kita tengok.



4 cara elak perasaan hasad dengki:

  1. letakkan sifat2 yang baik2 dalam diri kita. Tanamkan dalam jiwa.
  2. selalu baca al-quran, hafal ayat al-quran, yakin dengan nama Allah iaitu asma ulhusna, baca selalu nama Allah ini. Jadikan Al-quran sebagai panduan hidup.
  3. jangan berhenti berdoa kerana jika kita jarang berdoa maka senanglah syaitan nak hasut kita, kotorkan hati kita.
  4. sentiasa bersyukur. Bersyukur ini ialah kelebihan yang Allah beri pada hambaNya. Perbanyakkan bersyukur maka jauhlah kita dari perasaan hasad dengki.

Mudah aje rupanya cara nak elak perasaan hasad dengki ni tapi berat utk dilaksanakan. Jom kawan2 kita sama2 AUDIT DIRI. Semoga bermanfaat buat semua. 


MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Teks: Dr Fuad Latip



Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.


Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.




Kredit: group whatsapp

Surat Cinta Tentang Solat

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

........Surat Cinta Tentang Solat".........


  • Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-bur u mengerjakannya. 


  • Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..


  • Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.


  • Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.


  • Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.


  • Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.


  • Bayangkan ketika "azan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.


  • Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.


  • Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya. 


  • Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".


  • Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".


  • Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...


Subhanallah sungguh nikmat solat yang kita lakukan. Tidak sia - sia yang menyebarkannya, Tidak rugi orang yang membacanya, Beruntunglah orang yang mengamalkannya. ILMU IMAN AMAL


kredit: Group B&C Telegram


4 Tips Mudah Bangun Solat Tahajud

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Solat tahajud adalah solat yang paling susah kita nak amalkan. Sebab waktu solatnya adalah ketika semua insan sedang lena dibuai mimpi indah. Bagaimana caranya kita nak mudah bangun solat tahajud?


Ini adalah rahsia mudah bangun solat tahajud. Saya dah amalkan dan ianya sangat membantu saya bangun. Jika saya kurang membaca al-Quran di siang harinya, memang sukar untuk bangun tahajud. Perlu sedar diri dalam hal-hal sebegini.


17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) - kredit info

Jom kita sama-sama hidupkan waktu malam kita. Azam saya 2015 hendak perbanyakkan lagi amalan rohani saya. 



Rahsia Solat Awal Waktu

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ternampak perkongsian ini di facebook, minggu lepas. Bawa masuk blog untuk simpanan dan panduan diri sendiri juga kawan-kawan yang baca blog ni.

















Terima kasih di atas perkongsian ini.


7 Rahsia Zikir Ya Wahhab

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Zikir mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kekuatan dalaman dan rohani kita. Hati yang selalu terisi dengan zikir akan memancarkan Nur Allah dan mempengaruhi tindakan yang serba positif.



Kebiasaan melakukan zikir dengan baik akan menimbulkan ketenteraman hati dan menimbulkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang hendak tingkatkan kekuatan dalaman/rohani. Dari segi ibadah, zikir merupakan latihan menuju ikhlasnya hati dan istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq (sang pencipta).


Hari ini saya nak kongsikan kepada anda kelebihan salah satu zikir menjemput rezeki menjempt rezeki iaitu Ya Wahhab. Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. InshaAllah, lama kelamaan akan jadi rutin.


YA WAHHAB

Maksudnya:
Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1- Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2- Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.


3- Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).


4- Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5-Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6- Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, insya Allah.


7- Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.


Alhamdulillah, terima kasih Kak Cery atas perkongsian hebat ini. InsyaAllah akan di amalkan setiap hari.


7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari kumpulan sokongan saya, kumpulan Shaklee. Ilmu ini dikongsikan oleh mama Shaklee saya. Ia perlu dikongsikan kepada sesiapa sahaja. Semoga orang lain juga mendapat keberkatan dengan mengamalkan ilmu ini.


>>> 7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI <<<



(1). Memperbanyak Membaca “Laa hawla Walaa Quwwata Illa billah"
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “Laa hawla Walaa Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )




(2). Membaca ” Laa Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca Laa ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).




(3). Mengekalkan Membaca Istighfar
Barangsiapa mengekalkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )




(4). Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca surah Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )




(5). Membaca Surah Al-Waqiah
Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)




(6). Memperbanyak Selawat Atas Nabi SAW
Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihi wassalam berdiri seraya bersabda:
“Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”




(7). Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)



Allahuakbar, banyak lagi yang perlu saya perbaiki untuk menuju ke syurga Allah. Banyak lagi yang perlu saya lakukan demi Syurga yang dijanjikan Allah, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan suruhan Allah dan sentiasa berbuat kebaikan.







Keyword: Pengalaman Bertahajud

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah seronok saya bila ada yang mencari di blog ini tentang tahajud dengan kata kunci 'tahajud pengalaman'. Jadi saya kira mereka hendak tahu pengalaman bertahajud.


Sebelum ini saya pernah buat entri tentang tahajud. Alhamdulillah sejak saya bershaklee saya dah mula lakukan solat-solat sunat. Mama shaklee saya sering ingatkan kami tentang amalan-amalan akhirat ini. Bersyukur kerana berada di dalam kumpulan ini.


Sejak bertahajud, saya banyak rasakan perubahan pada diri saya. Hidup saya lebih tenang dan saya menjadi seorang yang sangat positif. Menjadi seorang yang positif itu sangat penting kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita.


Selain dari itu, perubahan yang lebih ketara adalah hidup saya sekarang lebih mendorong kepada membuat kebaikan dengan lebih lagi, nak jadi insan yang lebih baik dan kalau boleh tak nak lagi dah bergelumang dengan dosa. Sama ada dari segi penampilan, perbuatan atau pertuturan.


Ini perubahan ketara yang saya sedar dan ia mendapat sokongan positif dari suami dan tiada paksaan, semuanya atas kehendak saya sendiri. Kalau nak cerita, memang banyak perubahan yang saya alami tapi saya tak tahu macam mana nak zahirkan di sini.


Cuma kalau boleh, saya nak sesiapa sahaja yang baca entri saya ini cubalah bangun untuk bertahajud, sujud padaNya dan rasai sendiri perbezaan pada diri anda.


Allah swt dah banyak beri peringatan pada kita, puting beliung di Kedah, angin dan ribut di Pandamaran, Klang. Allahuakbar! Saya takut dengan keadaan ini. Allah beri kita ujian tanda Allah masih sayang pada kita.


Jom kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang baca entri saya ini, jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah beri kita kekuatan fizikal dan mental, beri kesempatan untuk berbalik padaNya, sujud padaNya.


Minyak Naik 20 Sen!!!

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Kisah semalam yang baru nak dikongsikan hari ini. Saya tak nak berleter panjang. Cuma nak cakap satu je, minyak naik 20 sen tapi setangki naik hampir RM20???

Sumber imej: google

Semalam buat pertama kalinya isi minyak penuh selepas harga minyak naik 20 sen seliter. Suami memang sengaja kosongkan tangki minyak. Jadi, sebelum mulakan perjalanan pergi isi minyak. Tengok-tengok tangki penuh RM81.10. Fuhhh, tak pernah lagi isi minyak sampai harga macam ni.


Yelah, kita pakai Myvi je 1.3cc. Sebelum-sebelum ni penuh pun dalam RM60++. Lebih kurang lah. Sekarang ni minyak dah naik, apa nak buat? Tak boleh mengeluh sebab ini adalah ketentuan dari Allah.


Saya ada terbaca kisah di zaman Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu harga barang yang didagangkan naik. Ada yang bertanyakan kepada baginda, bagaimana dengan situasi ini. Hadis ini menunjukkan ketika zaman Rasulullah saw juga telah berlaku kenaikan harga barang.
Anas bin Malik berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.
Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ye, Allah yang beri rezeki, Allah yang menetapkan apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini. Kita tidak boleh menidakkan takdir Allah. Jadi, usaha, usaha, usaha dan teruskan berusaha.


#misiRM500







Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam jumaat semua. Apa khabar hari ini? Semoga sihat dan sentiasa diberkati Allah. Selalunya hari Jumaat ramai yang akan ingatkan kita amalan-amalan sunnah kan. Ok, ini selalu menjadi panduan saya sekeluarga.


Dah potong kuku kawan-kawan?
Dah berselawat? Sebaiknya kita berselawat sepanjang masa atau sebanyak yang mungkin.


Sudah baca surah Al Kahfi? Surah Al Kahfi mengandungi 110 ayat. Tips nak baca mudah je. Bahagikan kepada 4 kerana surah ini mengandungi 4 kisah iaitu:

  1. Ayat 1 - 31: Kisah Ashaab al-Kahf
  2. Ayat 32 - 59: Kisah dua tukang kebun
  3. Ayat 60 - 82: Kisah Musa dan hamba yang soleh (Khaidir)
  4. Ayat 83 - 110: Kisah Dzulqarnain



Bila kita membaca sambil memahami terjemahan, banyak manfaat yang kita dapat. Lebih indah perasaan tu.


Jom perbanyakkan berdoa di hari Jumaat ini. Para lelaki pula jangan lupa, datang awal ke masjid. InsyaAllah banyak pahala yang anda dapat.

Semoga Allah memberkati amalan kita semua.








Tips Melatih Diri Agar Sentiasa Positif

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Saya suka bila berada di sekeliling warga Jutawan Shaklee kerana mereka sangat memberi inspirasi kepada saya dan juga banyak membantu saya untuk sentiasa positif. Tetapi terdapat juga segelintir yang sukar untuk berfikiran positif. Bagaimana saya melatih diri untuk sentiasa positif? Antaranya ialah:


  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
  • Bergaul dengan orang-orang yang positif.
  • Elakkan sesiapa sahaja yang berfikiran negatif, yang sentiasa mengeluarkan status negatif terutama sekali di dalam FB (Unfollow mereka). Bukan bermaksud putuskan hubungan tetapi untuk melatih diri anda agar sentiasa positif.
  • Sentiasa bersyukur walau sedikit. (Jika yang sedikit itu pun anda sukar untuk bersyukur, bagaimana pula anda boleh mensyukuri nikmat yang sedikit)
  • Sentiasa melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif.



Jom cuba latih diri agar sentiasa positif kawan-kawan. :)








Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Iman Ketika Haid

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Iman dan amalan yang baik dalam kehidupan seseorang beragama Islam berjalan seiringan. Iman yang kuat mendorong manusia melakukan amalan yang baik. Dalam masa yang sama, amalan baik itu menguatkan lagi iman. Iman yang menurun mempengaruhi amalan, begitu juga sebaliknya.

Jom!


Antara faktor yang mempengaruhi adalah seperti di bawah:

  • Kekurangan ilmu - pernah tak anda semua rasa bila datang haid ini, kita terbatas untuk melakukan amalan? Ini disebabkan oleh kekurangan ilmu. Sebenarnya, banyak lagi amalan lain yang boleh dilakukan ketika haid. (rujuk link ini ya)
  • Mengabaikan zikir - Zikir adalah amalan untuk memenuhi hati yang kosong. Rasulullah mengumpamakan hati yang kosong daripada zikir bagaikan orang yang mati. MasyaAllah! Jom perbanyakkan zikir dari sekarang.
  • Melakukan dosa.

Marilah kita bersama-sama recharge Iman kita. Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua ya!



Amalan Ketika Haid

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Hijabographic

Assalamualaikum w.b.t,

Jalan-jalan di Facebook Hijabographic, ternampak pula imej grafik ini. Sesuai sangat untuk golongan wanita. Persediaan untuk menghadapi haid atau datang bulan. 

Para wanita digalakkan mengamalkan amalan-amalan yang lain untuk mengelakkan berlakunya penurunan iman ketika haid. InsyaAllah saya buat satu lagi entri berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penurunan iman ya. Kita layan grafik di bawah ini.

Amalan ketika haid


Antara amalan yang boleh dilakukan ketika haid ialah:
  • Memperdengarkan murottal - Bacaan Al-Quran yang memfokuskan kepada dua iaitu kebenaran bacaan dan juga lagu.
  • Memperbanyakkan zikir
  • Menjaga diri dari hal-hal yang sia-sia
  • Menghadiri majlis ilmu - sekarang ni dah banyak usrah kan. Usrah whatsapp pun ada, tak susah kalau nak cari ilmu akhirat, ikhlaskan hati untuk join sahaja. (usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama)
  • Perbanyakkan istighfar
  • Berinfaq dan bersedekah
  • Membaca buku agama dan pengetahuan.

Jom perbanyakkan amalan!



Tips Mengubat Hati dan Jiwa yang Tidak Tenteram

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak anda rasa jiwa tak tenteram?
Rasa tak tenang?
Rasa semuanya serba tak kena?
Rasa macam ada sesuatu yang tak cukup.

Kita dah solat..
Cukup 5 waktu..
Apa lagi yang tak cukup..??

Suatu ketika, saya muhasabah diri saya 360 darjah..
Saya tahu, saya ada kekurangan sesuatu dan saya perlu bertindak!

Gambar sebagai hiasan dan kata-kata semangat!

Akhirnya, saya jumpa jawapannya.
Tanpa membuang masa, saya bernekad pada diri saya.
Saya wajib mengaji 2 helai muka surat Al-Quran setiap selepas solat fardhu.
Bermaksud satu hari, satu juzu'

Alhamdulillah, apa yang saya temui?
Saya jumpa ketenangan saya, saya jumpa jawapan pada setiap soalan hati saya. 
Jiwa saya terisi dan hidup saya lebih ceria dan lebih bersemangat.

Jadi kawan-kawan yang saya sayang, 
JIKA SEDIH, CARILAH AL-QURAN.
JIKA SEDANG BERBAHAGIA, CARILAH AL-QURAN.
HANYA AL-QURAN YANG DAPAT MENGUBATI HATI DAN PENEMAN SETIA ANDA HINGGA KE AKHIRAT.

InsyaAllah.



Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan