Perbezaan di antara Cyst dan Endometriosis
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Entri kali ini sedikt panjang, tetapi sangat bermanfaat untuk kita golongan wanita ni ya. Jom baca sampai habis.
Apakah sebenarnya perbezaan antara cyst dan endometriosis?
Endometriosis adalah penyakit yang berkait dengan kehadiran tisu atau darah menyerupai endometrium di lokasi yang berlainan daripada sepatutnya. Endometriosis gumpalan darah yang sepatutnya darah tu keluar sebagai darah haid. Kalau tak keluar nanti akan jadi gumpalan darah menyerupai fibroid.
Endometriosis berasal daripada perkataan endometrium. Endometrium pula adalah lapisan terdalam dinding rahim yang berubah-ubah ciri dan ketebalannya mengikut kitaran haid seseorang ataupun pengaruh hormon.
Ia mula menebal setelah haid kering sebagai persediaan untuk menerima perlekatan atau implantasi embrio, jika tidak, tisu ini akan terpisah dan gugur sebagai darah haid.
Bagi sebahagian wanita, tisu atau darah endometrium ini tidak gugur semuanya menuruni pintu rahim ke luar faraj sebagai haid, tetapi masuk menembusi dinding otot rahim ataupun keluar menerusi laluan tiub falopio ke dalam ruang pelvis atau abdomen.
Tisu ini berpotensi ‘hidup membiak’ di bawah pengaruh hormon estrogen dan berlakulah pengumpulan darah menyerupai haid di dalam otot rahim membentuk adenomyosis (menyerupai fibroid tetapi dengan sempadan yang kurang nyata) atau organ lain yang terkena, lazimnya tiub falopio dan ovari.
Apabila ia mengenai ovari, ia berupaya membentuk sejenis cyst mengandungi darah yang lebih dikenali sebagai endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat.
Endometriosis peringkat lanjut (peringkat tiga atau empat) dikaitkan dengan masalah kesuburan, terutama apabila ia mengakibatkan kerosakan pada tiub falopio serta anatomi organ reproduksi dan apabila ia merosakkan risu ovari.
Ia boleh menyebabkan masalah senggugut dan sakit ketika hubungan seks. Ia juga boleh menyebabkan sakit ari-ari yang kronik jika sudah berlaku perlekatan organ misalnya usus. Di samping itu, ia juga sering dikaitkan dengan kehadiran fibroid pada masa sama memandangkan fibroid juga membesar dengan pengaruh hormon estrogen.
Endometriosis adalah istilah umum bagi penyakit ini, adenomyosis pula merujuk khas kepada endometriosis di dalam otot rahim, manakala endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat pula khas merujuk kepada endometriosis pada ovari yang membentuk cyst. Pada organ lain dan kawasan ruang atau dinding pelvis atau abdomen, hanya istilah umum endometriosis digunakan.
Cyst ovari pula boleh berupa cyst endometriosis atau cyst penyakit lain.
Perbezaan di antara ovarian cyst dan normal uterus |
Kandungan cyst ovari boleh berupa cecair (serous) atau cecair likat (mucinous) atau darah (haemorrhagic) atau darah endometrium (endometriotis) atau bercampur bahan pepejal (solid-cystic) atau polisistik.
Credit: Dr. Adilah Ahmat
Cadangan Vitamin
Dalam satu kajian, dipercayai pengambilan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan.
GLA Complex - berfungsi mengawal atur ketidakstabilan hormon, mengurangkan sakit senggugut.
Vitamin ACE (Carotomax, C & E) - mempunyai anti oksidan yang kuat dan bertindak menghalang daripada radikal bebas dan kes fibroid berulang.
Set Cyst atau Fibroid |
Anda boleh membeli sendiri menggunakan debit atau kredit anda sendiri secara online, hanya perlu klik gambar di bawah ini.
KEGUNAAN:
GLA COMPLEX - SEBULAN
CAROTOMAX - SEBULAN
VITAMIN E - 4 BULAN
VITAMIN C - 6 BULAN
HANYA RM 406.75 (TIDAK TERMASUK POS)
ATAU hubungi saya seperti di bawah:
Hana 0127350070
Hana 0127350070
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana