Cabaran 30 Hari | #18: Siri TV kegemaran
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Cabaran hari ke 18 ni mencabar sungguh. Bukan apa, saya ni jarang tengok tv jadi saya tak tahu siri tv kegemaran atau mungkin tak ada yang digemarkan. Masa kerja dulu kami suami isteri memang jarang menonton tv. Kebanyakan masa di rumah tu adalah masa untuk anak-anak, untuk suami/isteri.
Anak pun jadi tak berapa nak menonton tv melainkan ketika mereka berada di rumah mak (pengasuh). Bila dah tak bekerja ni, ingatkan ada juga lah masa saya menonton tv kan. Rupanya tak ada jugak. Yelah, saya perlu korbankan masa saya untuk berjaya. Bak kata mentor saya, korbankan perkara-perkara yang anda suka lakukan. Tak lama, sekejap je.
Untuk tidak menghampakan cabaran hari ini, saya akan kongsikan dengan anda semua siri tv kegemaran saya ketika saya masih lagi bersekolah.
Siapa yang sezaman dengan saya mesti pernah tonton cerita ni kan. Dulu memang suka tengok cerita ni. Sekarang dah tak ingat dah jalan ceritanya macam mana. hehe.
Ok, nak terjah blog kawan-kawan pula.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana