Produk-produk Shaklee Tidak Diuji Ke Atas Haiwan
Teks: Norhana Marsom
Gambar: PM Cery
Assalamualaikum w.b.t,
Untuk pengetahuan umum, produk-produk Shaklee tidak diuji ke atas haiwan, sebaliknya diuji ke atas manusia sendiri. Jom kita lihat kenyataan dari pihak Shaklee berkaitan pernyataan di atas.
Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia. Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing, agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan. Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami. Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami pada masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004. Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata. Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.
Barisan para saintis Shaklee |
Shaklee mempunyai kumpulan saintis mereka sendiri untuk menjalankan ujikaji klinikal dan kajian R&D untuk setiap produk yang mereka ingin hasilkan dan juga untuk produk mereka yang telah dihasilkan.
Beberapa fakta ringkas yang anda perlu tahu:
- Shaklee telah berada selama 55tahun dalam pasaran suplemen
- Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
- Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
- Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD untuk ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)
Kredit kak cery.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi baca. Jumpa lagi :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana