Followers

Showing posts with label Tips kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips kurus. Show all posts

Tips Kurus, BERHARGA!

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tips Kurus, BERHARGA! | Rentetan saiz badan kakak sepupu saya dah mengecil (baca sini ye). Nak tahu apa yang dia komen? Baca screenshot bawah ni.




Haa, ingat senang nak kurus? Kak tati ni makan herblax je, tapi sebab beliau buat jadual diet sendiri, beliau work out jugak tau. Haa, hasilnyaaaa badan mengecil. Baju kebaya yang dah tak muat tu pun beliau dah boleh pakai.


Jadi, nak KURUS? Jangan terlalu bergantung pada suplemen, TAPIIII usaha keras, pasti berbaloi!



4 Tips Kurus dengan Vivix

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti biasa, saya suka kongsikan tips kurus pada anda semua. Sebab masalah obesiti adalah masalah paling besar di Malaysia. Haa jangan main-main. Orang selalu kata kan "takpe gemuk, asalkan sihat". Jangan percaya laa kata-kata tu. Tu semua nak sejukkan hati anda je.


Tahukah anda, obesiti mengundang kepada pelbagai sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam lagi. Ianya mengundang ye jadi kan bagus kalau kita cegah awal-awal. Okay kali ni nak kongsikan tips kurus dengan vivix tapi dengan SYARAT, FOLLOW THE RULES. hehe.



TQ kak Aula, for all the tips.


4 tips kuruskan badan dengan vivix:

  1. Pengambilan 500mg resveratrol (typo ye dalam imej tu, ampun hihi) atau bersamaan 3 sudu kecil vivix
  2. Minum air masak 3 liter sehari
  3. Senaman ringan 30 minit sehari
  4. 6 hidangan kecil yang rendah kalori.

Ringkas kan tips ini. Ada yang dah berjaya kurus dengan vivix tau, itu pun tak sengaja kerana tujuan asal beliau nak turunkan bacan kencing manis, bonus baju semua longgar pula. Moh kita layan testimoni ni pula.


Testimoni berjaya dah ada, haa apa lagi, jom lah kita kurus dengan vivix. Mudah je kan.


Rahsia Kurus #3: Ambil 3 Hidangan 2 Snek

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t

Mengambil 3 hidangan dan 2 snek mungkin sesuatu yang menyukarkan anda yang sedang berdiet kerana kita sering dimomokkan dengan makan banyak boleh jadi gemuk. Ye betul tu. Makan banyak boleh jadi gemuk TETAPI makan sedikit dan kerap tidak menggemukkan anda malah boleh jadi rahsia kurus anda.


Jika makan yang sedikit dan kerap itu adalah makanan yang berlemak, berminyak memang sah sah akan menggemukkan anda. Apa kata kita tukarkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak itu kepada snek yang sihat.


Contohnya, jika kita berasa lapar, kita ambil buah-buahan sebagai snek sampingan kita dan yang paling mengujakan ianya mengenyangkan. Salad juga boleh dijadikan sebagai snek yang sihat.

Salad
Pasti anda runsing bagaimana yang dikatakan 3 hidangan dan 2 snek bukan? 3 hidangan itu ialah sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Tetapi perlu diingatkan bahawa makan malam yang terbaik untuk turunkan berat badan ialah makan sebelum pukul 7 atau selewat-lewatnya pukul 8 malam.


Anda boleh selitkan 2 snek di antara sarapan dan makan tengahari serta di antara makan tengahari dan makan malam. Yang sering kita dengar orang kata tea time. Setuju setuju?


Apa pula snek yang sihat? Anda boleh lihat entri saya sebelum ini 10 jenis buah yang diperlukan untuk diet yang sihat. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil mengikut keperluan dan secara konsisten ia mampu menurunkan berat badan anda. Resepi yang lain, boleh rujuk SINI.


Rahsia kurus yang bukan rahsia lagi #3 ini sangat mudah. Jadi, apalagi jomlah kita ke pasar-pasar mencari buah-buahan yang segar, menyihatkan serta boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan anda. :)



Rahsia Kurus #2: Wajib Sarapan

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat pagi! Dah bersarapan semuanya? Bersarapan awal adalah lebih baik berbanding sarapan ketika di pejabat kerana ia melambatkan metabolisme anda bekerja.


Sarapan sebenarnya adalah asas kepada pemakanan yang berkhasiat dan juga diet yang berkesan. Sarapan sangat penting kerana ia mendorong ke arah kesihatan yang baik dan membantu mengurangkan berat badan.


Menurut Dr. Barbara Rolls, Professor nutrisi di Penn State University;
Metabolisme menurun ketika anda sedang tidur, dan ia tidak akan berubah selagi anda tidak makan.

Pernah tak tiba-tiba anda cenderung nak makan sesuatu yang manis-manis atau pun roti jika anda tidak bersarapan? Bila dah mula makan manis dan roti, haa jadilah berat badan tu naik bagai dipam-pam. Sebab itu wajib sarapan kepada sesiapa sahaja.


Sarapan paling ringkas yang disarankan ialah makan 2 biji telur separuh masak. Tetapi, jangan makan bahagian kuning tu ye sebab ia tinggi kolesterol. Jangan pula nanti, berat badan dah susut dah tapi kolesterol pula naik. Bahaya!

Jom sarapan!


Cara Elak Perut Buncit: Makan Kerap

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk mengelakkan lemak bertimbun di bahagian perut, ada pendapat menyarankan agar makan secara kerap tetapi dalam jumlah yang kecil.

Sumber: Google
Trick untuk makan sedikit, gunakan pinggan kecil

Ambillah empat hingga lima hidangan sehari berbanding satu hingga tiga hidangan sehari. Cara ini dikatakan membantu meningkatkan kadar metabolisme.


Dikatakan metabolisme tubuh tidak menghadapi kesukaran untuk memecahkan makanan yang sedikit tetapi kerap berbanding makanan yang banyak dalam satu masa.

Oleh itu, lemak-lemak di sekitar perut juga dapat dikurangkan dengan cara yang bijak dan berkesan.







Rahsia Kurus #1: Minum Air Masak 6-10 Gelas Sehari

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Bagi sesetengah orang, minum air masak adalah satu masalah yang besar sebab cirinya yang tida rasa, tiada warna. 



Minum air masak 6-10 gelas sehari adalah lebih mudah berbanding 2 liter sehari. Nampak macam berbeza, tetapi sebenarnya sama. Saya lebih suka isi air ke dalam botol air 2 liter dan saya bawa ke mana-mana saya pergi. (Jangan ikut cara saya jika anda bukan suri rumah sepenuh masa)

Jika kita kelaskan sesuatu itu kepada jumlah yang lebih kecil, ia memberi signal kepada otak bahawa ianya sangat mudah untuk di capai.


Mulakan dengan minum segelas air sebaik sahaja bangun tidur, ia membantu melonjakkan metabolisme anda.


Apakah kepentingan pengambilan air masak yang mencukupi dalam kehidupan?
  • Membantu mengelakkan badan anda terhidrat.
  • Memastikan buah pinggang anda berfungsi dengan baik.
  • Membantu menyingkirkan bahan buangan.
  • Membantu meningkatkan metabolisme anda di mana ia membantu anda mengurangkan berat badan.

Nota: Air teh, air kopi, jus buah-buahan tidak dikira sebagai air yang diperlukan oleh badan ye. WAJIB air masak!








5 Makanan Turun Berat Badan

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Jika anda seorang yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, diet memainkan peranan yang lebih besar daripada apa yang anda mungkin bayangkan. Penurunan berat badan bukan sekadar mengawal kalori makanan yang anda makan. 


Untuk menjadikan program penurunan berat badan anda lebih menarik, apa kata anda ambil makanan yang lebih sedap yang boleh membantu proses tersebut. Jom kita lihat apakah ia?



1) Buah Delima

Buah delima kaya dengan fiber - salah satu nutrisi penting dalam penurunan berat badan yang berterusan. Oleh kerana makanan yang kaya dengan serat akan membuatkan anda kenyang lebih lama, ia membantu anda mengawal nafsu makan.


2) Buah Pear

Mengambil buah pear bersaiz sederhana, membantu anda mencegah perut daripada kembung dan menjaga sistem pencernaan anda.


3) Kranberi

Kranberi adalah salah satu sumber asid ursolic, bahan yang telah terbukti membantu membakar lemak.


4) Buah Epal

Jadikan epal sebagai snek sampingan anda dan membantu anda kenyang dan turunkan berat badan.


5) Ubi Keledek

Jika anda makan ubi kedelek, ia akan membuatkan anda kenyang kerana kaya dengan serat. Ia juga mengawal gula dalam darah yang membantu anda melawan nafsu makan serta menurunkan berat badan.


Mengambil makanan di atas secara sederhana, mengikut kuantiti yang diperlukan, bersenam dan mengambil suplemen tambahan seperti set kurus shaklee membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Jangan ambil secara berlebihan ye, menambah kandungan gula dalam badan sahaja.


Selamat menurunkan berat badan semua!







5 Tips Bakar Lemak dengan Mudah!

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Obesiti di Malaysia paling ditakuti dan saya juga dikelilingi oleh insan-insan yang obes. Cabaran juga sebenarnya untuk saya ubah pemikiran mereka untuk jaga kesihatan mereka. 


Kebanyakan tips yang saya kongsikan ke dalam blog ini adalah tips yang saya berikan kepada insan-insan istimewa saya ini. Sambil berkongsi dengan mereka, dapat juga saya kongsikan apa yang saya baca kepada anda semua kan? 


Tips untuk kurus sebenarnya sangat mudah iaitu dengan tingkatkan tahap metabolisma dan juga bakar lebih banyak lemak.


Bagaimana caranya?


1) Lakukan aktiviti "angkat berat"

Aktiviti angkat berat ini adalah bertujuan untuk membina otot kerana ia akan membuatkan anda mengecil dan meningkatkan tahap metabolisma anda. 


Aktiviti angkat berat membantu badan anda membakar lemak secara semulajadi selama 24 jam selepas bersenam.


2) Makan lebih banyak PROTEIN.

Untuk membakar lebih banyak lemak, anda perlu fokus untuk kira setiap kalori makanan yang di ambil dan tambahkan protein dalam diet seharian anda..


Menurut Esther Blum, MS, RD, makanan berprotein tinggi mengambil masa untuk dihadam, ini bermakna anda membakar lebih banyak kalori semasa memprosesnya (sistem penghadaman).


ESP dan Cinch Shake dari Shaklee adalah makanan protein tinggi dari kacang soya non-GMO yang membantu anda membina otot, menaikkan kadar metabolisma serta membakar kalori.


3) Tidur yang mencukupi

Menurut Jennifer Cohen, pelatih dan penulis "Strong is the new skinny", "jika anda tidak mendapat tidur yang cukup dan betul, seluruh sistem di dalam badan anda tidak dapat berfungsi dengan betul". 


Kekurangan waktu tidur akan menyebabkan anda kurang fokus dan juga mempunyai "PERUT yang BUNCIT". (hehehe alasan untuk kerap tidur ni :p)


4) Minum air 8 - 12 gelas sehari (2 - 3 liter sehari)

Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum lapan hinggan dua belas gelas sehari mampu membakar lebih banyak lemak berbanding mereka yang hanya minum empat gelas sehari. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi.


Minum air yang mencukupi juga membantu anda kekal awet muda. KLIK sini.


5) Mulakan hari anda dengan sarapan atau senaman

Yumi-Lee, pemilik bersama Reebok Crossfit Lab dan juga pelatih Jessica Alba mengatakan sama ada anda buat senaman atau makan sarapan yang sihat untuk memulakan tahap metabolisma anda pada hari itu. 


Kredit: http://www.popsugar.com/







10 Cara Murah kekal Kurus dan Sihat

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Berat badan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan. Kesihatan adalah elemen utama yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kesihatan terjejas akan menjejaskan aktiviti harian dan juga aktiviti kemasyarakatan yang lain. Yelah, mana tidaknya. Bila kesihatan terjejas, kerja juga terjejas dan prestasi kerja menurun. Aktiviti masyarakat apatah lagi, sudah tentu tidak boleh aktif seperti selalu bukan?

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat bentuk badan idaman, namun cara paling mudah dan murahlah yang sentiasa dicari. Kita hanya perlu mengenali kebiasaan dan kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
  • Selalu bersenam
Senaman perlu untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Lakukan senaman berjalan, melompat, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) konsisten. Ia lebih digalakkan berbanding membuat senamam agresif yang tidak konsisten.
  • Tidur awal
Setelah seharin bertungkus lumus, tidur lewat atau berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang bijak. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur pada malam hari dan proses baik pulih badan selalu lebih berkesan jika waktu tidur adalah sama. Tidur yang tidak menentu boleh mendatangkan mudarat. Jadi tidur awal adalah langkah paling mudah untuk mengelakkan penyakit.
  • Makanan kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara palong mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Shaklee ada menawarkan set untuk kesihatan optimum dan juga set kurus. Ringkas!

  • Fikir dulu sebelum ikut program kurus badan
Bukan tidak boleh menyertai program kurus badan tetapi kan lebih elok jika gunakan pilihan yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat badan yang kurus dan sihat.
  • Makan lebih sayuran
Makan lebih sayur ternyata cara paling murah untuk sihat. Pada masa yang sama kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam. Mulai hari ini ubah pemakanan anda.
  • Jangan abai sarapan 
Sarapan adalah SANGAT penting. Mereka yang meninggalkan sarapan kebanyakkannya akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari anda kurang makan, namun jika anda makan dengan banyak pada waktu malam, diet anda akan hancur.

Makan pada waktu malam menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak kerana tubuh tidak aktif. Seterusnya menambah berat badan anda.
  • Makan hidangan lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
  • Elak berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Digalakkan kunyah secara perlahan ketika baru terasa lapar. Ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih sihat.
  • Elakkan tekanan
Berada dalam tekanan menjadi punca risiko sakit. Jadi elakkan perkara yang membolehkan tekanan.
  • Pemeriksaan kesihatan berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita



Tips Kuruskan Badan Secara Semulajadi

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Di Malaysia ni, kadar peratusan penduduk yang obesiti sangat tinggi. Kerana apa ya? Satu yang saya pasti adalah makanan di Malaysia yang mempunyai kalori tinggi. Masakan tidak, makanan bersantan itu sudah tentu mempunyai kalori yang tinggi TETAPI makanan itulah yang paling sedap dinikmati. Setuju?

Contohnya, saya sendiri. Bila tak tahu nak masak apa, mesti santan yang dicari. Hehehe. Paling sedap la katanya santan tu. Tapi kalau boleh elakkan la masakan yang banyak menggunakan santan ya. Itu baru santan, belum lagi bahan-bahan lain.

Jadi hari ini, saya nak kongsikan tips yang saya jumpa dari Majalah Mingguan Wanita ni. Tips kuruskan badan secara semulajadi. Haa mudah sangat kawan-kawan. Sebabnya guna bahan-bahan kat dapur sahaja. Jom kita lihat.

Tips kuruskan badan secara semulajadi:

1. Limau nipis


Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas


Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari. AWAS! Bagi yang ada gastrik, disarankan ambil pada kuantiti yang sedikit.

3. Daun Buah delima


Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun


Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)


Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam SEBELUM MAKAN pada waktu siang dan malam.

6. Halia


Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air halia memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk.

Mudah kan. Kebanyakan bahan-bahan ini ada di dapur rumah kita. Jom teruskan misi kurus.

Selamat mencuba!


 

Resolusi Jadi Langsing Dengan Gembira

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Ramai yang mula putus asa untuk berdiet kerana hasil yang diterima tidak menampakkan hasil. Adakah anda ketahui peraturan mudah mendapatkan tubuh idaman TANPA SEKATAN yang amat menyeksakan?

Saya juga sedang dalam proses diet tetapi bukan saya yang berdiet ya kawan2. Proses diet itu untuk suami saya. Jadi, saya sering mencari jalan penyelesaian atau apa saja pilihan dan cadangan untuk memastikan suami mendapat tubuh idaman beliau.

Jom kita lihat peraturan yang saya dapat dari buku Nona, Januari 2011. 

KARBOHIDRAT BUKAN MUSUH
  • Suatu masa dulu, diet rendah lemak menjadi kegilaan buat pengamal diet Atkins. Tapi untuk jangka masa panjang, tiada siapa pun dapat bertahan.
  • PERATURAN: Jangan sekat pengambilan karbohidrat! Anda tahu ia sangat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh. Jadi, amalkan lima hidangan bijirin setiap hari terutamanya yang berasaskan bijirin penuh seperti oat dan beras perang dalam saiz kecil.
KHASIAT TELUR KUNING


  • Kolesterol di dalam telur kuning sebenarnya sangat kecil berbanding jumlah gram lemak tepu yang terdapat pada daging berproses.
  • PERATURAN: Telur kuning mengandungi protein, kalsium dan zat besi. Anda masih boleh mengambil telur kuning sebagai sebahagian diet seimbang tapi elakkan sama sekali makanan daging berproses seperti salami.
MENGUDAP SEPANJANG HARI
  • Benarkah mengudap akan menaikkan nafsu makan? Kajian terbaru oleh British Journal of Nutrition mendapati bahawa tiada kenaikan berat yang signifikan di antara wanita yang mengudap dan tidak mengudap.
  • PERATURAN: Terasa asyik ingin mengudap? Bawalah bekal buah-buahan kering seperti kismis, kurma atau prun di sisi. Namun harus diingat bahawa anda tetap perlu mengawal 1,200 kalori seperti disarankan untuk kurus.
SNEK LARUT MALAM
  • Kajian oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa menunjukkan bahawa anda tidak akan gemuk kerana bila waktu anda makan, tetapi APA yang anda makan.
  • PERATURAN: Anda boleh makan selambat mana yang disukai, tapi jangan sesekali melebihi kalori yang diperlukan. Jangan biarkan perut terlalu lapar sebelum makan kerana ini juga akan mendorong anda makan malam berlebihan. Pastikan anda tunggu kira-kira dua jam sebelum tidur untuk penghadaman.
JANGAN BERLAPAR
  • Jika biarkan perut kosong terlalu lama, tanpa sedar anda mungkin akan makan berlebihan. Lebih-lebih lagi ketika tertekan, makan bagaikan suatu terapi untuk mengubati perasaan.
  • PERATURAN: Puaskan keinginan  makan secara sederhana. Anda boleh menikmati makanan-makanan yang digemari tetapi dalam saiz yang kecil.
Jika anda ingin mencuba set diet dari Shaklee, boleh hubungi saya di sini. :)




Cara Kembalikan Berat Badan Normal #5

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Cara kembalikan berat badan normal yang ke 5 sangat mudah iaitu makan malam yang ringan.

Kebanyakan mereka yang sedang menjalankan proses penurunan berat badan atau dengan kata mudahnya diet sering mengabaikan waktu makan malam. Tetapi hari disedar, bahawa makan malam adalah sangat penting.


Konsepnya begini, diet yang seimbang / sihat adalah makan mengikut waktu dalam jumlah yang sedikit. Bermaksud kita perlu kita perlu mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika anda mengikuti entry saya yang lepas, saya ada menekankan, seseorang yang sedang diet perlu mengambil minum pagi dan minum petang. Ia bertujuan mengelakkan seseorang itu terlalu lapar dan menyebabkan mereka makan dalam jumlah yang banyak.

Waktu makan malam adalah selewat-lewatnya jam lapan malam. Tetapi adalah disyorkan untuk anda makan di antara jam enam hingga tujuh malam. Waktu makan malam lebih awal boleh memberi ruang kepada perut anda untuk menghadam makanan sebelum waktu tidur anda.

Bacaan berkaitan:






Cara Kembalikan Berat Badan Normal #4

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Minum petang adalah penting untuk setiap manusia terutamanya bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Langkah ini bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Waktu di antara makan tengahari dengan waktu makan malam mempunyai jarak masa 6 jam. Jika kita tidak mengambil minum petang, ia akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam. 

Jadi, cara kembalikan berat badan normal #4 ialah minum petang. 

Minum petang yang ringkas

Pilihan terbaik termasuklah keju rendah lemak, biskut tawar mil penuh atau Greek yogurt setengah cawan.

Saya lebih gemar menjadikan biskut tawar dan Air Teh sebagai minum petang saya.

Bacaan berkaitan:

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #1

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #2

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #3

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #5 

 

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #3

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Terus kepada cara kembalikan berat badan normal yang ketiga:

#3 Makan lebih serat
 
Serat tidak mempunyai kalori. Apa kata anda mengunyah epal, pear, brokoli, bayan, raspberi dan banyak lagi.
Epal hijau bagus untuk mengurangkan berat badan
Kelebihan Epal Hijau

• Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.


• Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.


• Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.


Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah. Terdapat pelbagai lagi manfaat epal hijau yang boleh dikongsikan kepada anda. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Bacaan berkaitan:

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #2

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Air adalah unsur paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair malahan organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.

Setiap hari kita memerlukan 8-10 gelas air masak atau 2-3 liter air

Cara kembalikan berat badan normal seterusnya ialah air.

#2 Minum air

Dehidrasi boleh ‘meniru’ rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan anda lebih kenyang.

Jadi, untuk anda mengelakkan diri dari makan dalam kuantiti yang banyak, anda dinasihatkan untuk mengambil 1 gelas air masak sebelum makan dan 1 gelas air masak selepas makan. Ini akan membantu anda kenyang dengan lebih cepat.

Cara Kembalikan Berat Badan Normal #1

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

MENURUNKAN berat badan bukan seperti berlari 100 meter, sebaliknya satu maraton. Apabila anda mula mengamalkan diet sihat dan berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan, kadang kala ada masanya kita terkeluar daripada sasaran. Namun anda tidak perlu berasa bimbang. Objektif anda ialah makan secara sihat dan seimbang sekitar 90 peratus daripada kebanyakan masa dan tinggalkan 10 peratus untuk kenduri atau majlis sambutan ulangtahun. Kalau dikira daripada 365 hari, anda memiliki 36.5 ‘cheat day’.

#1 Ambil sarapan 

Makanan tinggi serat
 
Kombinasi serat dengan protein akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Cubalah, dua keping roti mil penuh dengan putih telur atau ikan salmon salai.

Bagi saya, sarapan adalah WAJIB saya ambil kerana ia akan menentukan prestasi kita sepanjang hari. Menu sarapan yang sihat dapat memastikan aktiviti harian yang sangat bertenaga.

Menu sarapan saya ialah ESP kerana ia mengandungi protein dan serat yang lengkap.


SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Obesiti adalah masalah yang paling besar di Malaysia. Semakin hari, jumlah mereka yang obesiti juga semakin bertambah. Terdapat banyak cara dalam menurunkan berat badan iaiti dengan melakukan beberapa senaman ringkas, mengawal cara dan jumlah pemakanan ataupun menggunakan suplemen sebagai medium untuk turunkan berat badan.

Minyak ikan dikatakan membantu menurunkan berat badan. Shaklee ada mengeluarkan minyak ikan yang di panggil Omega Guard. Mari kita lihat pula bagaimana Omega Guard membantu dalam hal berat badan ini.

Petikan dari majalah I-sihat

OMEGA GUARD boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan melalui 2 cara:

  1. Omega boleh mengurangkan rasa lapar. Pengambilan Omega-3 asid lemak boleh memberi rasa kenyang, dengan itu mengurangkan pengambilan kalori dan membantu dalam penurunan berat badan. Minyak ikan dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda.
  2. Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari. Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah. Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan dewasa kencing manis. Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak dalam sel-sel lemak.

Nota: Pengambilan 3 biji omega guard sehari yang disertai bersama dengan exercise membantu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Adalah dipercayai bahawa minyak omega 3 meningkatkan aliran darah ke otot-otot semasa exercise dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.

Bacaan lanjut:

SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen 

SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?



SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Tahukah anda bahawa 25% daripada BADAN dibina daripada PROTEIN. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein.

Untuk memastikan badan menerima dan menyerap segala nutrien yang kita ambil berkesan, sel badan mestilah sihat. Untuk memastikan sel sihat pula, adalah dengan mengambil protein.

Protein memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet sihat.


Tetapi, hendaklah memilih protein yang baik.

Pilihan yang tepat bagi saya ialah, protein dari sumber semulajadi.

Bacaan lanjut:

SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen 

SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?



SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Air merupakan elemen yang penting dalam badan. Setiap manusia mengandungi 55 hingga 75 peratus air. Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.

Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

Hampir 83 peratus kandungan darah ialah air. Darah pula merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi mengagihkan nutrien makanan ke seluruh badan.



Di dalam proses diet, air berfungsi sebagai alat untuk membuang sisa toksik dalam badan. Ianya dikeluarkan melalui peluh ataupun air kencing.

Selain dari itu, air juga membantu nutrien yang anda makan seperti protein, karbohidrat dan vitamin disebarkan ke seluruh badan.

Jadi, pengambilan air yang secukupnya sangatlah penting untuk memastikan segala kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya dan mengurangkan masalah healing krisi berlaku (klik sini).

Ingat! 
25kg berat badan = 1 liter air

Dan anda disarankan mengambil 2 - 3 liter air sehari. Jika berat badan anda berlebihan, sila pastikan air di ambil dalam jumlah yang banyak.

Bacaan lanjut:


SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen 

SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?

SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?



SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Diet sihat bersama suplemen mempunyai tiga konsep iaitu buang melalui sistem detox, bakar lemak dan bina otot dengan sumber protein. Tahukah anda, apakah suplemen yang sesuai untuk ketiga-tiga konsep ini? Jom kita lihat penerangan secara lanjut di bawah.

Konsep Pertama: Buang melalui sistem detox

Apa itu Detox? Detox adalah proses membersihkan sisa-sisa toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan proses ini dikeluarkan melalui pembuang air besar. Selepas segala sisa dibuang, barulah penyerapan nutrien diserap dengan mudah.

Suplemen yang sesuai untuk detox ialah Herblax dan Alfalfa. Alfalfa sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan dan tidak mempunyai masalah sembelit manakala herblax pula sesuai untuk mereka yang sembelit.


Konsep Kedua: Bakar Lemak

Pengamal diet memerlukan Lecithin atau Omega Guard untuk memecah dan membakar lemak yang melekat di dinding membrane. Omega Guard lebih cepat bertindak memecahkan lemak berbanding Lecithin tetapi jika anda inginkan kesan yang lebih CEPAT, saya sarankan anda mengambil kedua-dua suplemen ini.


Konsep Ketiga: Bina Otot

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkat metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%.

Protein terbaik dari Shaklee untuk diet ialah Cinch Shake. Tetapi jika anda menyusukan anak, saya sarankan anda ambil ESP kerana ianya dapat mempercepatkan penghasilan susu selain dari diet.

Walaupun anda menggunakan suplemen untuk mendapatkan berat idaman, anda disarankan mengambil pemakanan seimbang dan TIDAK BOLEH terlalu bergantung harap pada suplemen. Ini kerana, suplemen hanya membantu proses diet anda.

Ingat, jangan makan sesuka hati je ye :)

Bacaan lanjut:

SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?

SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?




Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan