Cabaran 30 Hari | #4: Buku Kegemaran Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Buku kegemaran? Saya rasa ni task paling susah saya nak buat setakat ni? Sebab dulu saya tak suka baca buku (hehe berani mengaku ni..).
Tapi sekarang saya rasa saya suka baca buku-buku motivasi dan juga buku perniagaan yang boleh memberi inspirasi dan semangat.
Yelah, saya sekarang ni WAHM, berniaga secara online, suri rumah sepenuh masa dan jarang berjumpa orang. Ada kala saya juga down, jadi kene cari kekuatan dan semangat sendiri dengan membaca buku.
Bukubuku motivasi yang ada kat SOHO ku |
Buku yang membantu bisnes saya |
Haa ada banyak lagi buku-buku baru tapi tak sempat nak snap. Nampak macam nerd je kan.. :p
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana