Cabaran 30 Hari | #1: Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua? Hari ini kali pertama saya join cabaran dalam berblogging. Bagus juga join cabaran ini, sekurang-sekurangnya saya boleh kekalkan momentum saya untuk menulis entri setiap hari dan juga dapat berkenalan dengan ramai blogger yang sangat 'otai'. Ramai otai blogger yang join cabaran ni, salah seorangnya ialah Nisa Kay.
Bersama anak kedua, Muhammad Ammar Zakwan |
Ini je gambar terbaru yang saya ada. Paling terbaru iaitu pada 12.08.2014. Ohoiii dah bulan 9 Puan Hana. Hee maaf, saya jarang bergambar.
5 FAKTA TENTANG NORHANA MARSOM:
#1: Saya PEMALU TAPIIII suka bercakap.
Percayalah orang pemalu macam saya ni suka bercakap. Tapi hanya dengan orang yang saya kenal, baru mula rapat dan yang dah lama kenal. Kalau tak kenal, minta maaf awal-awal, kalau nampak muka saya mesti korang rasa macam 'eh, sombongnyaa minah ni..!'
#2: Suka tengok cerita aksi, perang
Saya suka tengok cerita aksi-aksi ni macam Transformer, Die hard 4, spiderman (err aksi ke cerita ni ek), apa-apa sahaja asalkan cerita tu ada pelbagai aksi-aksi macam perang-perang tu.
#3: Tak suka oranglain alih barang saya
Paling pantang orang yang suka alih-alih barang kita tanpa pengetahuan kita. Rasa macam diceroboh je!
#4: Katakan TIDAK pada perokok!
Saya rimas dengan bau asap rokok. Saya tak boleh bernafas bila dikelilingi perokok. Jadi tolonglah terus berkempen 'katakan TIDAK pada perokok'
#5: Menjaga kesihatan dan kecantikan dengan SHAKLEE
Sangat concern dengan kesihatan diri sendiri, suami dan anak-anak. Sejak saya kenal Shaklee, kesihatan saya bertambah baik dan kecantikan kulit saya berada di tahap yang sangat saya berpuas hati! Dan dengan bangganya saya nak beritahu anda semua, saya adalah pengguna tegar dan penjual shaklee yang profesional.
Terima kasih kerana cuba mengenali saya. Salam ukhuwah
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana