Pentingnya Menjaga Tahap Kesihatan Anak-anak
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee Malaysia
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat berhujung minggu semua. Hari cuti ni mesti ramai yang keluar berhibur bersama anak-anak kan. Bawa anak-anak beriadah sambil mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, ayah dan anak. Tapi pernah tak anda merasa bimbang bila anak-anak anda bermain dengan anak-anak keluarga lain? Bukan kita tak suka nak bagi mereka bergaul tetapi ditakuti anak-anak kita menyebabkan anak-anak orang lain berjangkit.
Bukan apa, sekarang ni sedang musim demam, batuk dan selsema. Kita yang dewasa ni pun mudah berjangkit dan menjangkiti orang lain, inikan mereka anak-anak kecil yang mempunyai tahap antibodi yang masih rendah. Jadi, persoalannya di sini, pentingkah menjaga tahap kesihatan anak-anak? Bagi saya, ianya sangat penting.
Bukan bermaksud perlu menjauhi atau melarang anak-anak kita bergaul sesama mereka tetapi kita yang perlu tingkatkan tahap kesihatan mereka melalui makanan tambahan dan sebagainya. Saya akui ramai ibu bapa yang fikir anak-anak kecil tidak perlu ambil apa-apa makanan tambahan kerana mereka ini masih belum tercemar lagi (belum terdedah pada dunia sekeliling). Saya juga mempunyai fikiran yang sama dengan anda semua.
Tetapi, pendirian saya mula berubah setelah saya melihat anak sekecil itu perlu ambil ubat yang mempunyai dos yang tinggi semata-mata untuk baik dari sakit. Ya, memang kita gembira kan bila anak yang sakit ini sihat setelah ambil ubat. Tetapi, hati kecil saya tetap berkata. Tak nak lah bagi makan ubat demam atau ubat batuk ni selalu. Kesian kat dia.
Kemudian, saya ambil Chewable Vitamin C Plus untuk anak-anak saya. Tak sangka, kalau mereka selsema ambil 2 biji sehari keesokannya kurang dah selsema dan demam pun tak lama. Sekarang ni, saya rasa dah lama sangat tak pergi ke klinik sebab anak-anak dah jarang demam. Ini adalah perkongsian ikhlas dari saya seorang ibu yang sangat mementingkan kesihatan anak-anak.
2 comments
Write commentsAssalamualaikum Hana..Dah makin professional blog ni, dari segi penulisan, dan susun atur..
ReplyI like it, betul2 nampak serius nak jual shaklee.
Keep it up.
Waalaikumsalam @Qider tq fir, semangat ni nk menulis dari hati sambil belajar menulis dengan mantap. Caranya banyakkan membaca dan menulis kan? Terima kasih Fir :)
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana