Cabaran 30 Hari | #21: Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Dari dua tahun lepas, kami suami isteri hanya terbayang nak pergi satu tempat ni sahaja. Rancang nak bawa anak-anak sekali, InsyaAllah Allah izinkan.
Seronoknya dapat pergi sini. |
Kami dah tempah untuk pergi pada tahun 2016. Tapi kalau diizinkan Allah dengan rezeki Shaklee dalam masa terdekat, kami bersyukur sangat-sangat. Kenapa rancang lambat sangat? Pada 2016 tu nanti, anak no 2 ni dah 4 tahun, abangnya pula dah 6 tahun dan saya kira dah cukup besar dan faham untuk beribadah di sana nanti.
Tetapi tak salah tau nak bawa anak yang masih bayi. Boleh sahaja, tiada masalah. Kami pun belum pasti dalam masa terdekat ni, kami akan ada anak kecil lagi ke tidak kan? Jadi sambil-sambil merancang 2 tahun lagi tu, boleh lah sambil-sambil tambah duit dalam tabung. :)
InsyaAllah, doakan ya kawan-kawan.
6 comments
Write commentsInsyaallah, semoga termakbul impian Hana...
ReplyTQ mama :)
ReplySama lah kita, insya allah, kita akan pergi suatu ghari nanti
ReplySemoga dipermudahkan. Aamiinnnnn...
Replysemoga dipermudahkan hajatnya...aamiin...
ReplyInsyaAllah amin...TQ semua
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana