Cabaran 30 Hari: #25: Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Ini entri tertunda. Fuh! Bersawang cabaran 30 hari ni. Ampunnn. Ok, nak cerita hari ni seharian keluar rumah uruskan macam-macam hal. Antaranya tukar debit kad Maybank baru. Debit kad lama tamat tempoh semalam.
Pasti anda tahu sekarang ni tengah kecoh berkaitan apps Maybank2u & Cimb tidak boleh digunakan kerana ada sindiket sedut duit melalui simkad bukan? Ish menyeramkan dan menakutkan. Walaupun duit dalam akaun saya takdelah banyak tapi kalau disedut duit tu, menggigil lah juga satu badan. Hehehe..
Dalam masa menunggu pegawai bank tu buatkan debit kad saya, sempat juga saya bertanya. Beliau menjawab memang sekarang sedang berlaku dan beliau menasihatkan supaya jangan gunakan telefon bimbit (smartphone) untuk buat sebarang transaksi. Kita ambil langkah berjaga-jaga ya. Nasib baik saya memang dah buang dah apss tu sejak tahu hal ini. Gunakan laptop atau terus ke ATM berdekatan sahaja.
Tiba-tiba terbaca pulak berkaitan ini 'Trojan' sasar ATM. Kesian pihak bank. Jika ia terus-terusan berlaku, pihak bank lah yang akan menanggung kerugian.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana