Amalan Ketika Haid
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Hijabographic
Assalamualaikum w.b.t,
Jalan-jalan di Facebook Hijabographic, ternampak pula imej grafik ini. Sesuai sangat untuk golongan wanita. Persediaan untuk menghadapi haid atau datang bulan.
Para wanita digalakkan mengamalkan amalan-amalan yang lain untuk mengelakkan berlakunya penurunan iman ketika haid. InsyaAllah saya buat satu lagi entri berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penurunan iman ya. Kita layan grafik di bawah ini.
Amalan ketika haid |
Antara amalan yang boleh dilakukan ketika haid ialah:
- Memperdengarkan murottal - Bacaan Al-Quran yang memfokuskan kepada dua iaitu kebenaran bacaan dan juga lagu.
- Memperbanyakkan zikir
- Menjaga diri dari hal-hal yang sia-sia
- Menghadiri majlis ilmu - sekarang ni dah banyak usrah kan. Usrah whatsapp pun ada, tak susah kalau nak cari ilmu akhirat, ikhlaskan hati untuk join sahaja. (usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama)
- Perbanyakkan istighfar
- Berinfaq dan bersedekah
- Membaca buku agama dan pengetahuan.
Jom perbanyakkan amalan!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana