Kelebihan Vitamin C Sustained Release
Teks: Norhana MarsomGambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Pengambilan vitamin c dalam diet seharian kita dapat membantu kita mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen atau bintik-bintik hitam di muka. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.
Tahukah anda bahawa 1 tablet Sustained release vitamin c mengandungi 7.5 biji buah termasuk kulitnya iaitu bersamaan dengan 500mg. Ia juga membebaskan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.
Jumlah di atas adalah keperluan vitamin c yang diperlukan tubuh. Fuh! Mampu ke kita nak telan 7.5 biji buah oren sehari? Mau ke bilik air sahaja jawabnya. Vitamin c dari shaklee ini adalah vitamin wajib saya ambil setiap hari. Tak sedap rasanya kalau tak ambil.
Tips: Ambil 2 biji vitamin c yang telah dipatahkan ketika demam/selsema. Tujuan mematahkan vitamin c ini adalah untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam badan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana