Cabaran 30 Hari | #17: 5 Perkara Yang Saya Rindukan
Teks: Norhana MarsomGambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
5 Perkara yang saya rindukan:
1) Memandu kereta di jalan besar menuju ke mana-mana dengan sendiri. Ok, baru perasan lesen memandu dah tamat lebih sebulan. Oh bila nak renew ni.
2) Berborak dengan rakan sekerja. Rindu rakan-rakan semasa mengajar di KUIM, Cosmopoint dulu. Tak lupa juga kawan-kawan di Muarlite, Ramunia. Uish rindu semua kawan bekerja lah.
3) JND 370
4) Rindu bau bayi comel, bau syurga tu. Oh nikmatnya! Bau ni memang bau yang paling wangi. Nasib baik anak no 2 ni masih bau bayi walau dah nak masuk 2 tahun bulan 11 ini. Maklumlah, masih menyusu badan kan, jadi baunya tu sedapppp sangat.
5) Rindu masa mula-mula kawin. Walau duduk berjauhan selama 2 bulan tapi seronok sangat masa tu.
Hee, cukuplah setakat 5 ni. Makin di ingat nanti makin rindu pula. :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana