Cabaran 30 Hari: #23: Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Soalan mencabar untuk hari ni sebab pekerjaan yang saya sangat impikan sebenarnya dah pun tercapai iaitu suri rumah sepenuh masa tetapi BERGAJI. Haa saya pasti wanita yang sudah bergelar ibu impikan pekerjaan ini kan?
Tips saya tulis impian anda ini hari-hari dan insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya. Dulu sebelum saya jadi suri rumah ni, hari-hari saya akan tulis signature di bawah setiap status saya dengan WAHM-to be Hana. Siapa sangka Allah makbulkan permintaan saya ini walau bukan dengan cara yang saya impikan. Tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik bukan?
Bila dah jadi WAHM ni memang seronok, ada masa saya keluar juga mencari angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan apa, ada juga yang berpendapat duduk rumah ni membosankan. Silap tu silap. Nak tahu bosan ke tak, mari lah kita sama-sama jadi suri rumah sepenuh masa sambil menjana pendapatan.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana