Cabaran 30 Hari: #22: Destinasi Percutian Impian
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Destinasi percutian impian ini sebenarnya banyak tapi saya kongsikan satu sahaja disebabkan destinasi percutian impian ini tergendala sejak tahun lepas. Kami suami isteri merancang untuk ke Terengganu dan Kelantan selama 1 minggu pada penghujung tahun lepas. Tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Saya sudah pernah ke kedua-dua tempat ini ketika menyambung ijazah di UMT, Terengganu dahulu tetapi percutian impian ini untuk suami dan anak-anak. Kenapa lama sangat ya? Seminggu terus nak pergi sana macam nak duduk sana je kan. Sebenarnya kami nak bercuti santai tanpa kelam kabut. Kami nak buat sama dengan trip bercuti di Langkawi tahun 2011 yang lalu selama 6 hari (jika tidak silap). Trip bersama keluarga kakak ipar.
Percutian sangat santai kerana kami bawa mak dan juga anak-anak yang masih kecil. Jadi percutian itu macam duduk rumah. Pagi di tempat penginapan, petang berjalan-jalan pusing Langkawi kemudian makanan dibeli bungkus dan makan ramai-ramai di kondo tersebut. Agak-agak penat, balik kondo tidur. (hehe) Pemilik kondo telah menyediakan segala peralatan memasak tau. Seronok sebab kami (ibu-ibu) taklah penat melayan kerenah anak-anak kan.
Eh, nak cerita tentang destinasi percutian impian kan? Tempat yang ingin kami lawati ialah:
Pasar besar Kedai Payang atau lebih dikenali sebagai pasar payang di Terengganu |
Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan |
Yang paling utama untuk destinasi ini tentunya nak merasa pelbagai jenis makanan yang dijual serta yang tidak boleh didapati di tempat lain. Keasliannya hanya di kedua-dua tempat ini sahaja. Kebanyakan yang pernah melawat Terengganu dan Kelantan gelar ianya negeri SYURGA MAKANAN.
Eh, tiba-tiba meleleh air liur. Dimana pula destinasi percutian impian anda?
2 comments
Write commentsorang kata kat sana memang best... mama tak pernah pun sampai sana...
Replybetul ma..best sgt...org2nya sgt baik...makanan laa yg plg best..sedap2..klu pegi pasar malam kat kelantan, makanan diorg byk gile..
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana