Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Donut Mudah

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Donut Mudah | Semalam saya beraktiviti di taska Ammar. Aktiviti buat mini donut celup coklat. Hee kanak-kanak memang suka lah. Saya ni kalau buat donut, banyaknya tak jadi. Tapi resepi umi erin ni (ibu salah seorang kanak-kanak taska) mudah sangat. Tak perlu tunggu yis kembang baru bancuh dan sebagainya. Lembut pun lembut. Okay, saya dah janji di facebook saya semalam. Dapat 50 likes, saya beri resepi.


Resepi donut mudah:

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu lemak sayur (vege shortening)
3 sudu gula halus
Air suam + sedikit garam (larutkan)

Cara-cara:
1) Gaul sebati tepung gandum, mauripan, lemak sayur dan gula halus.
2) Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Jangan sampai keras atau terlampau lembik.
3) Uli adunan sehingga adunan lembut, tidak melekit, tidak keras.
4) Canai adunan dan tekapkan dengan acuan donut kecil.
5) Biarkan adunan 15 min (kembang sedikit).
6) Goreng donut, sejukkan kemudian boleh letak topping coklat tadi. Hiaskan dengan choc rice berwarna warni, oreo atau nestum.

Cara membuat topping: Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiling.

Itu sahaja. Siap!

Mudah kan? Selamat mencuba!


Resepi Meatball Homemade Mudah dan Ringkas

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Meatball Homemade Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:

Daging kisar             200gm atau 1 cawan
Tepung gandumg      1/2 sudu makan
Tepung ubi                1 sudu makan
Telur                          1 biji
Lada sulah                  1/2 sudu teh
Perasa/garam/serbuk paprika secukupnya

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata
  • Bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. (semasa dibulatkan, basahkan tangan dengan sedikit minyak masak untuk elak dari daging melekat di tangan)
  • Angkat dan toskan


Bebola yang belum direbus


Bebola yang dah siap direbus


Resepi fishball
Resepi nugget

Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi Fishball Homemade Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan:
Isi ikan              500 gm @ 2 1/2 cawan
Tepung ubi        1/2 cawan
Gula pasir          1/4 cawan
Ajinomoto         1 sudu makan
Lada sulah         1/2 sudu teh
Sedikit garam
Kiub ais             4 ketul

Cara-cara:

  • Kisar kesemua bahan hingga sebati
  • Kemudian masukkan ketulan ais dan kisar lagi
  • Bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air mendidih
  • Angkat dan rendam dalam air sejuk
Nota: Ketika hendak bulat-bulatkan, ambil sedikit minyak dan letakkan ke tapak tangan untuk memudahkan proses membulat dan tidak melekat.

Maaflah, ni aja gambar yang ada..

Resepi nugget 
Resepi meatball

Resepi Sambal Kentang Rangup

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama resepi ni terperam dalam draft. Hari ini tengok semula draft, rupa-rupanya belum publish. Ok lah, mesti ramai dah tahu sambal kentang ni kan? Sekarang dah ramai yang jual secara online dah sambal ni. Jadi, mudah sangat nak dapat kalau mengidam bila-bila nanti kan. Hehe.


Bahan:

2 biji kentang (disagat)
Segenggam kacang tanah
Segenggam ikan bilis yang sudah dikopek
6 keping tempe (dihiris nipis)
Minyak masak

Untuk sambal:
*Segenggam ikan bilis
*2 biji bawang merah sederhana besar
*2 ulas bawang putih
*5-6 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
Air asam
Gula
Garam

*Dikisar

Cara-cara:

Goreng kentang yang telah disagat ke dalam minyak yang dicampur sedikit garam untuk mengelakkan dari kentang melekat antara satu sama lain. Goreng sehingga kekuningan. Kemudian goreng ikan bilis, kacang tanah dan juga tempe. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk.


Selepas itu, tuang sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng bahan yang dikisar sehingga ladanya masak. Kemudian masukkan garam, gula dan air asam mengikut citarasa anda. Saya suka lebihkan gula sebab sambal ini pedas, jadi lebihan gula itu untuk rasa lemak, manis dan kurangkan rasa pedas. Masak sehingga sambal kelihatan likat dan matikan api. 


Kemudian sejukkan sambal. Sambal perlu disejukkan untuk mengelakkan kentang liat selepas digaul ke dalam sambal. Setelah sambal sejuk, masukkan kentang, ikan bilis, kacang tanah dan tempe yang digoreng tadi ke dalam sambal dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.


Sambal sedia dimakan. 

tadaaaaa...

Sengaja buat sambal ini untuk best friend forever katanya. Hujung minggu ni nak buat lagi, ada yang nak order? Eh main-main pula dia. Hehe, gurau. Selamat menjamu mata. Jangan meleleh air liur tau. Tengok je. 








Cabaran 30 Hari | #19: 1 Resepi Kegemaran Anda

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Hari ini lambat saya sahut cabaran hari ke 19, anak yang kedua ni demam pula. Meragam dan nakkan perhatian yang sangat lebih dari biasa. Sebut pasal resepi ni lama juga fikir sebab saya ni tak berapa pandai memasak lauk-pauk ni. Kuih-kuih atau kek ada juga lah yang pandai dan lebih suka buat kek.


Saya paling suka buat kek batik. Resepi memang sangat ringkas dan mudah. Saya pasti semua orang tahu macam mana nak buat kek batik ni kan. Kenapa saya suka resepi ini? Jeng..jeng..jeng..abah saya paling suka kek batik yang saya buat.


Walau adik atau kakak saya guna resepi yang sama, tetap juga kek batik saya yang paling sedap! :) Tiap-tiap tahun mesti abah akan suruh saya buat kek batik untuk beliau makan di pagi hari raya atau bila-bila sahaja. Abah sendiri yang akan beli bahan-bahannya. Kek batik saya ni keras (maksudnya keras macam biskut tu).


Saya pernah makan kek batik yang lembik, lemau biskutnya. Tekak ni tak boleh terima. Lain orang, lain seleranya kan? Nak tahu resepi saya?


Bahan-bahan:

250gm milo
1 cawan marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 paket biskut marie asli (dipatah dua)

Cara-cara:
- Masak marjerin dan susu pekat sehingga sebati menggunakan api sederhana. Setelah sebati, masukkan milo dan sebatikan, kemudian masukkan biskut.

- Setelah biskut disalut milo letak di dalam loyang. tekan sehingga mampat dan sejukkan. Setelah sejuk, boleh lah dipotong.


Pesanan: masa nak potong ni memang agak susah sebab keras (rangup) tetapi bila makan, memang nak lagi dan lagi dan lagi. :) Selamat mencuba!



Kek Coklat Moist Kukus Mudah

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni pagi-pagi Muhammad dah suruh buat kek coklat. Sebenarnya semalam lagi dah minta, saya pun dah keluarkan semua bahan tiba-tiba telur habis. Tak jadi nak buat, tunggu abah Muhammad belikan telur (kes malas nak pergi kedai).


Lepas masak lauk tengahari tadi, buat juga lah kek coklat kegemaran Muhammad ni. Nak resepi tak? Mudah tau, saya memang selalu juga lah buat kek ni. Sejak sekolah menengah lagi, resepi dari mak mertua kakak. Jom tengok resepi, tak payah guna mixer. Kacau guna senduk je.


Bahan kering:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
Sedikit garam

Bahan basah:
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Tiada di dalam gambar: minyak masak, susu cair, air panas dan gula halus :)


Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan kering.

Ini pembantu yang ambil kesempatan, sambil tolong gaul sambil makan gula halus kat dalam bekas kisar tu.


Kemudian masukkan pula bahan basah. Tetapi perlu diingat, AIR PANAS wajib dimasukkan yang terakhir sekali ya.

Haa, macam ni lah jadinya.

Tugas yang terakhir, kukus selama 1 jam. 

Penutup kukus perlu balut dengan kain untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam kek. Ni mak yang ajar, selalu tak tutup sudahnya kek tak berapa cantik bahagian atas sebab ada air. Ingatnya, BALUT. :)

Dah siap kukus. Saya buat kat dalam bekas tupperware sebab pengukus mak kecil tak berapa muat loyang. Lagipun senang nak simpan nanti. (pemalas, jangan ikut)

Eh, macam ni sahaja ke? Nak makan macam ni je pun boleh, nak lebih umphh letak lah topping.

Bahan-bahan topping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang awak suka)
1/2 cawan minyak masak.

- Gaul sambil masak di api kecil ye. Elakkan hangit jadi pahit. :)

Ok, siap!

Gambar kek yang dah potong tak ada sebab empunya kek ni makan dengan lajunya.. Tak sempat nak ambil gambar.

Selamat mencuba! Sedapppp.



Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan