Cabaran 30 Hari | #10: Apa Di Dalam Handbag Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat malam semua. Masih belum terlambat lagi kan nak update entri hari ke 10 ni.
Apa di dalam handbag Norhana Marsom?
Sling bag ku |
1) Kalkulator pemberian mentor ku, mama shaklee ku (PM Cery), ketika majlis Sesi Mengejar Impian "Mission I'm Posibble"
2) Buku nota
3) Pen
4) Tasbih digital
5) Beg duit juga pemberian mama shaklee dari Danau Toba :)
6) Telefon bimbit Tab 2 (tiada di dalam gambar)
Sejak kejadian 20.9 tahun lepas, beg ini yang saya guna untuk ke mana-mana. Memudahkan saya selimpangkan beg tanpa perlu risau beg terlepas dari tangan. Tangan nak kene guna untuk seimbangkan badan ketika berjalan.
Barang-barang yang ada ni memang wajib di bawa ke mana-mana. Buku nota digunakan untuk tulis apa-apa sahaja yang saya nampak atau tulis idea atau ambil tempahan pelanggan. Kalkulator pula semestinya digunakan untuk kira jumlah pesanan dibuat. hehehe...
Buat masa ini, handbag ini yang selesa saya pakai. Ringkas bukan? Tak macam orang perempuan yang lain-lain..hehe..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana