Cara Menghilangkan Parut atau Bekas Luka dengan Cepat.
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Parut atau bekas luka, jika terdapat di bahagian muka adalah sesuatu yang amat memberi kesan kepada kecantikan dan keyakinan diri seseorang lebih-lebih lagi seorang wanita.
Untuk menghilangkan parut atau bekas luka, ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat mereka yang memperolehinya.
Jika ada di kalangan anda yang ingin menghilangkan parut atau bekas luka dengan cepat secara semulajadi dan berkesan, anda disarankan menggunakan cara-cara seperti di bawah:

1. Limau nipis
Ambil 1 biji limau nipis, belas menjadi beberapa bahagian kemudian sapukan di bahagian parut atau bekas luka tersebut. Biarkan seketika dan cuci dengan air suam.
2. Timun
Hancurkan timun dan letakkan di bahagian parut atau bekas luka dan biarkan sepanjang malam. Lakukan setiap malam sebelum tidur setiap hari sehingga parut atau bekas luka tersebut hilang.
3. Madu
Sapu madu pada parut atau bekas luka dan biarkan semalaman. Lakukan setiap hari.
4. Minyak zaitun
Sapu minyak zaitun pada parut atau bekas luka setiap hari dan parut atau bekas luka tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Ambil 1 biji vitamin E sebelum tidur setiap hari sebagai makanan tambahan anda. Anda juga boleh sapukan vitamin E tersebut pada parut atau bekas luka dan biarkan semalaman.
InsyaAllah, jika anda amalkan cara-cara di atas parut atau bekas luka anda akan hilang dengan cepat.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, anda digalakkan mengambil ESP shaklee kerana ESP menggantikan sel-sel yang lama dengan sel-sel baru dalam masa 21 hari. Ia juga membantu penyerapan nutrien yang lain dengan lebih cepat.
Jom kita lihat testimoni mereka yang berjaya hilangkan parut atau bekas luka dengan mengamalkan vitamin E shaklee.



Pesanan: Promosi Beli 6 percuma 1 ESP Shaklee bakal tamat pada 31 Oktober ini.





