Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Iman Ketika Haid
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Iman dan amalan yang baik dalam kehidupan seseorang beragama Islam berjalan seiringan. Iman yang kuat mendorong manusia melakukan amalan yang baik. Dalam masa yang sama, amalan baik itu menguatkan lagi iman. Iman yang menurun mempengaruhi amalan, begitu juga sebaliknya.
Jom! |
Antara faktor yang mempengaruhi adalah seperti di bawah:
- Kekurangan ilmu - pernah tak anda semua rasa bila datang haid ini, kita terbatas untuk melakukan amalan? Ini disebabkan oleh kekurangan ilmu. Sebenarnya, banyak lagi amalan lain yang boleh dilakukan ketika haid. (rujuk link ini ya)
- Mengabaikan zikir - Zikir adalah amalan untuk memenuhi hati yang kosong. Rasulullah mengumpamakan hati yang kosong daripada zikir bagaikan orang yang mati. MasyaAllah! Jom perbanyakkan zikir dari sekarang.
- Melakukan dosa.
Marilah kita bersama-sama recharge Iman kita. Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua ya!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana