Followers

Showing posts with label Sustained Release Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vitamin C. Show all posts

Set Kesihatan Asas Keluarga

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Set Kesihatan Asas Keluarga | Jika ada seseorang yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang vitamin asas untuk mereka, saya akan cadangkan set kesihatan asas keluarga ini. Ianya sangat asas seperti yang sering diberikan oleh para doktor. Ianya terdiri daripada Vitamin C, Vitalea dan juga B Complex.

Ini adalah set kesihatan asas ditambah dengan ESP.

Kebaikan ESP shaklee:
🍷Mengawal paras gula dalam darah
🍷Menyokong paras LDL kolesterol sihat
🍷Membina kulit yang sihat dan berseri
🍷Menjadikan otot, rmbut dan kuku yang kuat dan sihat.
🍷Menyokong perkembangan bayi.


Kebaikan SR vitamin c:
🍊 Menentang jangkitan penyakit dan kuman
🍊 Membina kolagen, menyokong kulit sihat dan cerah
🍊 Mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia dan toksik
🍊 Menentang radikal bebas


Kebaikan Vita-lea:
🌿 Mengandungi zat besi
🌿 Menyokong kesihatan menyeluruh
🌿 Memelihara kesihatan jantung, kolon dan mata
🌿 Tulang kuat dan sistem imun sihat


Kebaikan b-complex:
🍃 Meningkatkan tenaga
🍃 Kurang kemurungan
🍃 Mengelak anemia
🍃 Mencegah kecacatan tiub neural


Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Tanpa kesihatan, hidup seperti tidak bermakna lagi.




Fungsi Vitamin C

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Fungsi Vitamin C | Vitamin C diperlukan dalam penghasilan kolagen semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit.


Ia penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormon norepinephrine di mana bahan-bahan ini amat kritikal di dalam fungsi otak & saraf manusia.



Ia juga berfungsi sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya. 


Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu (UV light) dari matahari.


Vitamin C membantu untuk mengaktifkan agen–agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E dan Glutathione untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.


Vitamin C membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone).


Vitamin C bertindak sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen.


Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya): 

  1. Sebagai Anti Oksidan yang penting.
  2. Pemulihan luka dan melecur.
  3. Pembinaan colagen dalam badan. 
  4. Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
  5. Membantu penghasilan hormon.
  6. Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
  7. Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
  8. Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
  9. Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
  10. Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
  11. Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
  12. Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
  13. Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  14. Membantu mengawal dan mengurangkan selsema



Ingin Cerah Hanya Dengan Vitamin C?

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Siapa yang ingin cerah hanya dengan vitamin C? Meh nak bagitahu, vitamin c ni memang popular sangat dengan fungsinya yang mampu mencerahkan kulit kan. Tapi benarkah ianya terbukti mencerahkan kulit anda?


Mari kita lihat bagaimana vitamin c shaklee terbukti mampu mencerahkan kulit anda walau hanya dengan sebotol vitamin c.


  • Dalam badan individu dewasa yang sihat, vitamin c bertindak meningkatkan tahap gluthatuione dalam sel darah merah dan limfosit.
  • Glutathione ni tugasnya membantu memastikan pigmen-pigmen gelap dan cerah berada dalam keadaan yang seimbang.
  • Pengambilan sebanyak 1000 - 3000 mgs vitamin C sehari secara konsisten akan mencerahkan kulit. 

Selain dari vitamin C, apakah produk Shaklee yang mempunyai glutathione? Jawapannya ialah collagen powder shaklee. Gabungkan kedua-dua produk ini dalam diet harian anda, insyaAllah hasilnya lebih memuaskan. Boleh baca entri ini di sini.


Sekarang ni saya nak kongsikan testimoni pelanggan shaklee yang cerah hanya dengan vitamin c.

klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Nampak tak jauh perbezaannya. Ini orang yang sama ye. Bukan tipu, tiada pembedahan plastik. Boleh tengok di sini ya. Terima kasih kerana kongsikan testimoni bergerak ini. 


Bila saya lihat testimoni ini, rasa cemburu yang teramat, rasa insaffff, rasa takut nak skip makan vitamin c 6 biji sehari. Kenapa 6 biji? Sebab setiap 1 tablet mengandungi 500mg vitamin c, jadi 6 biji vitamin c bersamaan dengan 3000mg vitamin yang disarankan diambil oleh pakar kecantikan jika anda ingin mengekalkan kecantikan dan kecerahan kulit anda. 



Kulit Kusam, Berjerawat, Berminyak? Kini Tiada Lagi

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Semakin hari semakin jatuh cinta dengan Shaklee kerana produknya yang betul-betul memberi kesan positif kepada kami pada SID dan juga pelanggan yang mengambil suplemen shaklee. Malah, yang lebih saya suka ialah Shaklee tidak pernah melabur duit untuk mengamdil duta di kalangan artis tetapi KAMI lah para SID yang menjadi dutanya.


Haa seronok sangat perkongsian hari ni. Kulit muka kusam, berjerawat dan berminyak sudah tiada lagi. Totally gone dan menjadikan beliau ini nampak bertambah muda. Moh kita lihat hehe

Beza dan memang berbeza!

"Wajah saya sebelum dan selepas mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.


Perbezaan: 

SEBELUM: Kusam, jerawat, berminyak, bila keluar rumah nak pakai bedak, wajib cuci muka dengan pencuci muka jika tidak muka sangat berminyak (bak kata.. boleh buat goreng telur), jerawat asyik timbul tak putus-putus.

SELEPAS:
(Gambar ini diambil tanpa sebarang alat solek. Baru balik dari hospital)
Wajah lebih cerah, tak berminyak, tiada jerawat, sangat jarang menggunakan pencuci muka, jimat masa & wang (Dah jadi mama tak sempat nak solek2), natural beauty.. SAYA SUKA MENCANTIKKAN WAJAH SECARA SEMULAJADI :)"


Alhamdulillah, kami sudah merasa shaklee effect. Anda pula bagaimana? (Seronok bila dikelilingi kawan yang positif dan sentiasa ceria, happy barulah seronok je nak berbisnes)



Kisah benar! Tua Sebelum Usia

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan kepada anda satu kisah benar ni.

Satu kisah yang mana saya berbual dengan kakak di sebelah katil anak saya di bahagian wad kanak-kanak (HPSF).Berbual tentang kenapa kena tahan wad.Modal permulaan bagi orang-orang yang ingin memulakan perkenalan kan.Bersamanya ada anak kecil yang sebaya dengan anak saya (lingkungan 2 tahun).Dalam agakan saya 'akak ni mesti dah 40 lebih'

Hati kuat nak tanya tapi mulut berat nak buka.berapa umur kakak ni ek?takkan dah tua baru bersalin?tapi memang logik pun umur 40an bersalin lagi.Saya pendam je.

Kebetulan tak lama kemudian datang seorang doktor yang bertanya perihal anak kakak tu dan minta no ic beliau.Tengok,betapa kuat rasa nak tahu saya tu Allah hantar doktor untuk beritahu jawapan.hehe..

Terkejut saya kakak tu punya ic bermula dari tahun 80........Beza 4 tahun je dari saya rupanya.Kenapa saya nak sangat tahu?? kerana kakak tu penuh jeragat kat muka,tambah pula kulitnya sudah berkedut dan kusam.

Tak sempat saya nak membuka cerita tentang Shaklee,petangnya kakak tu dan anaknya dah boleh pulang ke rumah.Saya sedikit kecewa sebab tak berpeluang berkongsi manfaat vitamin terhadap kita yang bernama wanita ni.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah peningkatan usia membuatkan badan kita kurang keupayaan mengeluarkan kolagen yang sangat penting dalam tubuh.tambahan lagi jika kita tidak mengambil peduli pemakanan yang kita ambil.Memang nampak jauh lebih tua lah kita dari usia sebenar.


Kolagen dan vitamin C sangat bagus untuk kulit yang cantik serta elakkan kita dari tua sebelum usia. Seram sangat aihhhh.

Kredit cerita: http://misnawatiisun.blogspot.com/ atau facebooknya Ibu Tayunk


Vitamin Antioksidan untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Vitamin c ialah vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ia telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut-kedut serta muncul pigmen-pigmen hitam pada kulit.



Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 


Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kulit menjadikan kulit awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih, bersinar dan cerah.


1) Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari. Ia juga dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2) Kekurangan vitamin c menyebabkan kolagen yang lemah dan tidak sihat menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi. Badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3) Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya. Jadi suplemen tambahan vitamin c diperlukan.

4) Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila diambil berlebihan ia dengan mudah boleh dikeluarkan daripada tubuh.

5) Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama dan juga terdedah pada udara.


Saya sering tambah dos vitamin c ketika saya sakit dan ternyata ia membantu saya untuk pulihkan masalah yang saya hadapi.


Manfaat Vitamin C Shaklee

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya suka ambil vitamin C dari Shaklee ini kerana ia sangat memberi kesan yang baik pada saya terutamanya dari segi kesihatan dan juga kecantikan kulit. Saya sangat jarang sakit dan kulit saya bertambah cerah dan sihat.


Ye benar, sakit itu adalah dari Allah swt tetapi tak salah kan kalau kita menjaga kesihatan kita. Ia juga dituntut dalam Islam supaya kita mudah untuk melakukan amal ibadat. Kalau kita tak jaga kesihatan dan hanya menerima sahaja apa yang ditentukan Allah bukankah itu dinamakan tidak berusaha? Hanya pendapat saya. Semuanya masih di tangan anda.



Ok, mari kita lihat manfaat vitamin c yang saya suka sangat ni.

MANFAAT VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit. 


Apa beza vitamin C shaklee?

Ianya semulajadi tanpa perasa atau bahan pewarna tambahan dan yang penting ianya sustained release (Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam)


Dalam erti kata lain, sebiji VItamin C shaklee bersamaan dengan memakan 7biji oren gitu. Murah kan? Berbaloi-baloi sangat.




Kelebihan Vitamin C Sustained Release

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Pengambilan vitamin c dalam diet seharian kita dapat membantu kita mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen atau bintik-bintik hitam di muka. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.


Tahukah anda bahawa 1 tablet Sustained release vitamin c mengandungi 7.5 biji buah termasuk kulitnya iaitu bersamaan dengan 500mg. Ia juga membebaskan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.


Jumlah di atas adalah keperluan vitamin c yang diperlukan tubuh. Fuh! Mampu ke kita nak telan 7.5 biji buah oren sehari? Mau ke bilik air sahaja jawabnya. Vitamin c dari shaklee ini adalah vitamin wajib saya ambil setiap hari. Tak sedap rasanya kalau tak ambil.

Tips: Ambil 2 biji vitamin c yang telah dipatahkan ketika demam/selsema. Tujuan mematahkan vitamin c ini adalah untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam badan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Tips Pemilihan Vitamin C

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,
 
Pemilihan setiap produk kesihatan, makanan tambahan atau mana-mana produk kesihatan mesti mempunyai kriteria tertentu sama ada dari segi penghasilan, bahan-bahan yang digunakan dan juga teknologi. Kali ini saya hendak kongsikan kepada anda semua pembaca blog saya yang luar biasa tentang tips pemilihan vitamin C terbaik. Jom kita ikuti:

Tips pemilihan vitamin C terbaik:

  • Dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMPs).

  • Mempunyai label “ethyl cellulose", "enteric coating" atau "food glaze". Ini menunjukkan produk tersebut mempunyai ‘bioavailabiliti’ atau keberkesanan yang baik.

  • Pastikan bahan-bahan asas yang digunakan mempunyai COA (Certificate of Analysis).

  • Tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan.

  • Vitamin C yang dihasilkan mempunyai molekul sama seperti yang terdapat di dalam buah sitrus.

  • Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

  • Menggunakan teknologi sistem pelepasan berperingkat (sustained release) kerana vitamin c adalah vitamin larut air.

Alhamdulillah, Vitamin C Shaklee pilihan saya mempunyai kesemua kriteria di atas. Jadi anda semua tidak perlu ragu-ragu dalam memilih vitamin c dari Shaklee ya.



NUTRISI Penting ketika Haid

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari tu dapat voucher buku dari mama Shaklee saya, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) Seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dapat beli gula-gula hehehe. Jadi hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan 24 jam wanita haid terlebih dahulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit.

Bagus buku ni, banyak ilmu yang dapat kita kongsikan

Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ini, semuanya saya amalkan kecuali Vitamin E. Di dalam shaklee, pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Zinc - zinc
Air pula memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar. Tetapi jika anda seorang yang sukar minum air masak, shaklee ada penyelesaiannya iaitu Performance drink shaklee. Saya suka kerana ia berperisa oren dan sangat sedap lebih-lebih lagi jika dihidang sejuk.



Cantik Menjelang Raya dengan vitamin CANTIK

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Ia sangat sinonim walaupun sudah berusia, wanita masih lagi ingin menjaga dan mengekalkan kecantikan. Begitu juga saya.

Walaupun, hanya bekerja dari rumah, tanpa perlu bersiap-siap pergi kerja tidak semestinya tidak menjaga kecantikan. Silap! Sebab semakin saya duduk rumah, semakin saya rasa nak melawa. Sudahnya shopping online, mata melilau mencari produk-produk kecantikan. Beli body scrub lah, lip scrub, masker dan macam-macam lagi lah. Kalau senaraikan, berjela pula kan.

Itu dari segi luaran, dari segi dalaman pula saya mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee

Jadi, vitamin CANTIK yang disarankan tentunya B COMPLEX, VITAMIN C & VITAMIN E

Vitamin Cantik Shaklee
B complex
  • memperbaiki peredaran darah dalam badan
  • meratakan warna tona kulit pada wajah
  • mesntabilkan hormon badan; sekaligus mengelakkan stress
Vitamin C
  • merangsang pembentukan kolagen
  • melambatkan penuaan dan melambatkan pembentukan pigmen
  • menjadikan kulit lebih cerah
  • memperbaiki simptom pendarahan
Vitamin E
  • vitamin anti oksidan dan anti penuaan
  • menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas
  • mengecutkan dan mengurangkan parut jerawat
Tambah ESP untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan.

Mari kita lihat apa kata pengguna Set ini:






Nak rawat kulit kusam, letih dan tidak bermaya, jangan bertangguh lagi..hubungi saya segera.



Vitamin C yang Memadai dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit.

Tetapi, tahukah anda kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan? Jadi, berapa biji buah-buah yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan vitamin C harian anda?

Cara mudah saya adalah dengan mengambil  1 tablet Sustained Released Vitamin C dari Shaklee.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com



5 tips kesihatan semasa jerebu

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

Musim jerebu datang lagi, kali ini dengan pembakaran secara semulajadi semakin berleluasa. Kenapa saya kata pembakaran secara semulajadi? Cuaca panas dan kering menyebabkan banyak kawasan mudah terbakar.

Semasa musim jerebu, kita perlu meningkatkan tahap kesihatan diri sendiri dan keluarga dengan cara meningkatkan sistem imunisasi seseorang untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

Selain daripada itu, kita juga perlu mengamalkan 5 tips kesihatan semasa jerebu:

Kurangkan aktiviti di luar rumah
Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah mengurangkan aktiviti di luar rumah kecuali ianya perkara yang tidak dapat dielakkan seperti perlu bekerja. Ada juga yang memasang pelembap udara bagi mengurangkan udara yang berjerebu masuk ke dalam rumah. Cara saya ialah dengan menutup pintu, tingkap dan segala ruang kosong. Serta membasahkan tuala mandi dan gantungkan di setiap tingkap untuk memerangkap haba dan habuk.

Jangan merokok dan menjauhkan diri dari perokok
Ini adalah masa yang sesuai untuk anda berhenti merokok.

Amalkan penjagaan kesihatan
Pastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasuki rumah.

Memakai topeng muka
Topeng muka yang mempunyai sijil gred N95 dapat menapis partiker-partikel jerebu. Tukar topeng anda jika ianya kotor dan kemek dengan teruk.

Ambil suplemen untuk tingkatkan sistem imunisasi badan anda
Jerebu akan mengakibatkan individu mudah menjangkiti penyakit seperti batuk, selsema, demam dan sebagainya, Jadi untuk mengelakkan serta mengurangkan masalah ini terjadi, kita disarankan mengambil suplemen yang sesuai sama ada melalui doktor, farmasi atau pakar kesihatan anda.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ?

Shaklee mempunyai beberapa produk yang boleh diamalkan untuk meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan mengelakkan badan terhidrasi.

NUTRIFERON
30 sachet
Harga runcit semenanjuna Malaysia ialah RM181.25

  • Merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag dalam masa 3 hari.
  • Mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Sustained Release Vita-C
 180 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM92.50

  • Meningkatkat sistem imun, mempertingkatkan ketahanan alergi hidung dan kulit serta asthma.

Performance Drink
 539gm
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM82.50

  • Meningkatkan daya ketahanan badan dengan mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.
  • Mengurangkan kehausan ketika cuaca panas, mencegah penyahhidratan dan melembapkan kulit.


Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 

Eczema semakin pulih dalam masa 3 hari dengan Shaklee

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t, 

Sudah lama saya tak update blog kan.. maafkan saya, bukan sengaja tapi masalah pengurusan masa saya sendiri yang masih dalam tahap pembaikan.

Ok, arini saya nak bercerita serba sedikit tentang eczema. Baru-baru ini, ade seorang pengguna setia Shaklee ni menunjukkan kesan perubahan sebelum dan selepas menggunakan Shaklee iaitu Alfalfa Complex, Vita C dan ESP. Nanti saya tunjukkan testimoni beliau ye. Terima kasih Sis Norida Zara kerana berkongsikan pengalaman. (Boleh klik di nama beliau, untuk dapat kepastian.


APA ITU ECZEMA?


Eczema dalam istilah perubatan bermaksud salah satu penyakit yang menyebabkan kulit menjadi radang atau gatal-gatal. Jenis eczema yang biasa dihidapi ialah "dermatitis atopik" atau "eczema atopik".

Atopik merujuk kepada sekumpulan penyakit dengan kecenderungan sering diwarisi yang boleh menyebabkan alergik terjadi seperti asma dan demam alergik. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan merekah, yang kadangkala meleleh cair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku, dan belakang lutut.

Di U.S, eczema kebanyakkannya dialami 10% - 20% bayi, dan kira-kira dalam 3% dewasa dan kanak-kanak.

Kebanyakan bayi yang mengalami eczema ini, akan berisiko tinggi dijangkiti eczema semasa umur mereka 10 tahun, manakala sesetengan orang terus mempunyai penyakit ini sepanjang hayat mereka.

Eczema boleh dikawal jika mempunyai rawatan yang betul.

eczema di bahagian tapak tangan

eczema pada kulit muka

eczema pada badan





Gambar ehsan: google

APAKAH PUNCA ECZEMA?


Punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor dalaman (fizikal)

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor luaran (persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debungan, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah.

BAGAIMANA KITARAN ECZEMA?


Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula  meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkan seperti gambar rajah di bawah.

kitaran eczema



APAKAH LANGKAH UNTUK ELAKKAN ECZEMA MENJADI TERUK?


Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan eczema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar eczema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.

Langkah-langkah pengawalan harian:
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

APA SHAKLEE BOLEH BANTU?


Shaklee mempunyai beberapa produk yang boleh digunakan untuk merawat eczema dari rawatan dalaman dan luaran.

RAWATAN DALAMAN

Alfalfa Complex
 330 biji dan 700 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM53.75 dan RM97.50

  • Alfalfa kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema, alergik.


Sustained Release Vita-C
180 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM92.50

  • Vita-C Shaklee mampu menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan alergi kulit, asma.


ESP
850 gm
Harga runcit semenanjung Malaysia ialan RM150

  • ESP sangat baik untuk pemulihan luka. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun serta memperbaharui sel-sel yang mati kepada sel-sel yang baru. Apabila sel sihat, maka penyerapan nutrien yang lain akan berfungsi dengan lebih cepat dan mempercepatkan pem=nyembuhan eczema.

Nutriferon
 30 sachet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM181.25

  • Nutriferon sangat digalakkan kepada pesakit eczema kerana dikatakan pesakit eczema mempunyai imunisasi badan yang sangat rendah. Nutriferon berupaya untuk meningkatkan sistem imunisasi seseorang.

 RAWATAN LUARAN

Herbal Blend Multi-Purpose Cream

 4oz


  •  Boleh disapu pada bahagian eczema dan kulit kering. Ia bertujuan untuk melembapkan kulit. ** tidak sesuai untuk eczema yang berair**


    Basic H
    160oz
    Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM46


    • Sesuai untuk yang alah pada sabun. Boleh digunakan sebagai mandian.

Sekarang, jom kita tengok apa kata sis Norida Zara untuk masalah eczema beliau:


Sis Norida Zara hanya mengamalkan pengambilan ESP, Vita C dan Alfalfa Complex untuk merawat masalah beliau. Alhamdulillah smuanya berhasil.

Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 
 

AWAS! Antibiotik mungkin bahaya!

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

APA ITU ANTIBIOTIK?

Antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.


MENGAPA ANTIBIOTIK DIPERLUKAN?

Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria.

Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan.

Doktor akan menentukan jenis antiobiotik yang sesuai untuk anda.


TAHUKAH ANDA?
  • Batuk dan selsema biasa tidak memerlukan antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air & rehat secukupnya.
  • Sekiranya, disalahguna, kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
  • Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius di masa akan datang

PERANAN ANDA UNTUK MENGURANGKAN KERINTANGAN ANTIBIOTIK
  • Ambil antibiotik mengikut arahan.
  • Elakkan meminta antibiotik daripada doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan antibiotik.
  • Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit dikemudian hari.
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari. 

Antibiotik kebiasannya diberikan oleh doktor untuk mengelakkan pesakit dari mendapat sakit secara berlarutan dan juga untuk menguatkan sistem imun.

Di Shaklee, kami menawarkan suplemen untuk menguatkan sistem imun anda dan perlindungan yang lebih baik.
  1. Nutriferon
  2. Sustained Released Vita-C
  3. Zinc Complex
  4. Garlic

Kebaikan:
  • menguatkan sistem imun*
  • membantu melawan demam selsema biasa*
  • menentang kerosakan akibat radikal bebas*

Credit: Flyers di Klinik Kesihatan

Konsultasi percuma.
Hana 0127350070
hanamarsom@gmail.com



Jangan ambil mudah HB rendah semasa hamil!



Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google

Assalamualaikum w.b.t,

Anemia atau pun kurang darah ketika hamil adalah suatu yang normal kerana ketika hamil, si ibu berkongsi segala nutrien di dalam badan dengan anak yang di kandung. Adakah ianya perlu dipantau atau pun tidak? Kita akan tahu selepas ini. Tetapi sebelum itu, jom kita baca apa itu anemia.



Anemia ketika hamil dan shaklee


Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa berlakunya anemia?
************************
-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian

KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

Seriuskan masalah anemia saya?
****************************
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Ambil 2 biji Shaklee Vitalea setiap hari
2) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
3) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
4) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

Set kehamilan shaklee

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET KEHAMILAN kami..khas untuk IBU-IBU HAMIL.


Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 
 

Tips atasi stretch marks!

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

Tahukah anda STRETCH MARKS boleh diatasi dgn 3 cara:

1) pengambilan PROTEIN yg mencukupi - ini kerana protein menggantikan sel2 yg telah mati dgn sel2 yg baru
2) pengambilan AIR MASAK yg banyak - untuk memastikan segala toksin dibuang melalui sistem perkumuhan
3) mengambil VIT C sebanyak 2bj setiap hari...

Hasilnye? Superb! 

Saya? Saya tidak mempunyai masalah stretch marks semasa mengandungkann kedua2 anak saya.

Dengan izin Allah dan konsisten mengamalkan ketiga2 cara di atas. 

Protein dan Vitamin C pilihan saya ialah dari Shaklee!

Jom kenali fungsi kedua-dua vitamin ini.
ESP
850gm
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM150

ESP non-GMO dan tinggi protein ini jika di amalkan ketika mengandung dan selepas bersalin secara konsisten, ianya dapat membantu:
  • mengurangkan dan menghilangkan stretch mark
  • memperbanyakkan susu badan
  • memberikan tenaga berterusan
  • memulihkan sel-sel mati untuk membentuk tisu bagi ibu yang bersalin secara pembedahan

Sustained Release Vit-C
180 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM92.50

Pengambilan vitamin C setiap hari dapat membantu:
  • mencantikkan kulit
  • merangsang pembentukan kolagen

Testimoni sebenar:

Stretch mark dan shaklee
Lagi testimoni (here)


1 botol ESP ini seberat 850gm dan pengambilan selama 2 bulan.

Untuk terus membuat tempahan, sila klik Tempahan Produk
Untuk senarai penuh produk dan harga shaklee, sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
 
 

Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan