Cabaran 30 Hari | #8: 5 Lagu Cinta Kegemaran
Teks: Norhana Marsom
Gambar:
Assalamualaikum w.b.t,
Usia dah semakin meningkat ni, dah tak berapa minat nak dengar lagu cintan cintun. Walau macam mana pun, saya tetap akan teruskan cabaran hari ke 8 ni.
Saya boleh katakan, lagu yang suka saya dengar sekarang ni disebabkan melodi, lirik, selalu dimainkan dimana-mana dan mungkin kesedapan suara penyanyinya. Bukan sebab ianya lagu cintan cintun lah kan.
#1: Jaga Dia Untukku dendangan Siti Nurhaliza
Mungkin sebab selalu dengar kat tv, iklan-iklan cerita apa yang hot sangat dulu tu? Anak saya sampai ingat lagu ni.
Mungkin sebab selalu dengar kat tv, iklan-iklan cerita apa yang hot sangat dulu tu? Anak saya sampai ingat lagu ni.
#2: Bila Tiba dari Ungu
Lagu ni lagu yang selalu dimainkan bila kes MH17 ditayangkan di kaca tv selalu kan? Korang ada raa sedih tak bila dengar lagu ni? Macam putus cinta. Yelah terputus cinta di antara mangsa dengan ahli keluarga, suami/isteri, anak-anak tercinta. InsyaAllah hanya terputus di dunia sahaja tapi ianya berkekalan hingga ke syurga.

#3: Sampaikan Rindu dendangan Sharifah Sakinah dan Izzue Islam
Dengar lagu ni masa sibuk-sibuk kemas rumah. Dengar anak buah punya mp3 masa tu. Suara Sharifah Sakinah tu sedap juga kan? Hmm siapa sangka kan, pelakon pun boleh bernyanyi. Memang berbakat mereka ni kan..

Haa ini lagu-lagu sekarang. Nak tahu tak lagu masa tengah cintan cintun dulu? Cikedauttttt...
#4: Jika oleh Melly Goeslow dan Ari Lasso
Lagu ni memang kenangan habis lah. Tapi kenangan tetap kenangan kan? Tak yah dok ingat kenangan tu. Dengar musik dan liriknya je. Ok? :)
#5: Shapes of My Heart oleh BSB
Siapa peminat BSB angkat tangan! Yeahhh kegemaran sangat dulu. Cer tengok video ni. Sedih kan?
Ok, nak terjah blog korang pulak. Kot-kot saya pun terjebak dengar lagu-lagu kegemaran korang kan. hehehe...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana