Cabaran 30 Hari | #2: 5 Cara Memenangi Hati Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Gigih menyiapkan cabaran kedua ini. Nampak mudah, tapi agak-agaknya mudah tak nak cuba memenangi hati saya? hehehe..
5 Cara Memenangi Hati Norhana Marsom
Cara #1:
Saya sukakan kejutan. Well, surprise things is the best cure for women. :D
Cara #2:
Selalu beri saya kek, aiskrim, donut atau apa-apa sahaja desert. Tapi paling suka kek laa. Saya suka kek keju, apa jenis keju pun saya suka. Haa dah boleh tahu dah kan nak belikan kek hari lahir saya apa. Well, hari lahir saya 13.8.2014. Dah lepas pun, tapi tak mengapa saya masih terima kek lagi. :D
Cara #3:
Saya suka bila orang suka menggembirakan saya dengan lawak jenaka mereka atau apa-apa sahaja cerita yang membahagiakan saya. Yelah, kadang kala kita ni stress kan jadi perkara-perkara inilah yang berjaya melarikan diri dari stress.
Cara #4:
Bawa saya berjalan-jalan pusing-pusing kampung, pusing-pusing taman, window shopping dah membuatkan saya bahagia dan gembira. Eh, ni macam nak suruh bagitahu encik suami je (Hazizul Saleh..psssstt)
Cara #5:
Beri saya masa baca buku-buku, majalah motivasi yang boleh membangkitkan semangat saya, memberi saya harapan. Atau nak lebih seronok lagi, belikan lah buku-buku tu.
Amboii, semuanya nampak mata duitan kan? Semua nak suruh bagi macam-macam. hihihi..
Selamat menabung untuk saya ;)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana