Cabaran 30 Hari | #3: Sesuatu Yang Menguatkan Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sambung semula task ke 3, malam tadi tak dapat nak sambung task ni anak dah merengek nak tidur. Kepala pun dah mula ting tong. Ok, sambung. Erm apa ya yang membuatkan saya kuat?
Teringat ketika diri ini diduga pada 20.9.2013 yang lepas, hampir setahun. Dugaan yang sangat kuat bagi saya, suami, anak-anak dan seluruh keluarga terdekat. Nanti saya ceritakan lanjut di entri yang lain ya.
Ketika itu saya kemalangan, dan apa yang menguatkan saya ketika itu ialah Allah. Ya, saya ada Allah dan Allah uji saya sebab saya KUAT! Semasa kejadian, saya berdoa pada Allah.
Antara doa saya:
"Ya Allah ya tuhanku, andai ini ujian untuk dosa-dosaku yang lalu aku redha ya Allah. Aku redha dan terima ujianMu ini ya Allah"Dan sungguh saya tak sangka, saya diberi kekuatan yang sangat luar biasa. Saya paling kritikal ketika itu, suami dan anak-anak tiada kecederaan teruk, kereta kami pula total lost. Haa, boleh bayangkan tak bagaimana kemalangan saya tu?
Kekuatan itu saya tak pasti macam mana boleh ada, ang saya tahu Allah yang beri saya kekuatan dan redha itu adalah ubat yang paling manis. Saya tidak menangis, saya tidak murung, sehinggakan kawan-kawan, sedara mara yang melawat saya pelik 'eh, ceria je..tak macam orang sakit".
Ketika itu, saya jawab tak tahu. Bila lama-lama difikirkan (sebab ramai sangat yang cakap), baru saya sedar yang Allah beri saya kekuatan dan sebab saya redha dengan ujian Allah itu.
Jadi kawan-kawan, jika anda pernah atau sedang didatangi ujian Allah, redha lah dan berdoa kerana keredhaan itu sangat manis bila dikecapi.
Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana