Rahsia Kurus #3: Ambil 3 Hidangan 2 Snek
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t
Mengambil 3 hidangan dan 2 snek mungkin sesuatu yang menyukarkan anda yang sedang berdiet kerana kita sering dimomokkan dengan makan banyak boleh jadi gemuk. Ye betul tu. Makan banyak boleh jadi gemuk TETAPI makan sedikit dan kerap tidak menggemukkan anda malah boleh jadi rahsia kurus anda.
Jika makan yang sedikit dan kerap itu adalah makanan yang berlemak, berminyak memang sah sah akan menggemukkan anda. Apa kata kita tukarkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak itu kepada snek yang sihat.
Contohnya, jika kita berasa lapar, kita ambil buah-buahan sebagai snek sampingan kita dan yang paling mengujakan ianya mengenyangkan. Salad juga boleh dijadikan sebagai snek yang sihat.
![]() |
| Salad |
Pasti anda runsing bagaimana yang dikatakan 3 hidangan dan 2 snek bukan? 3 hidangan itu ialah sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Tetapi perlu diingatkan bahawa makan malam yang terbaik untuk turunkan berat badan ialah makan sebelum pukul 7 atau selewat-lewatnya pukul 8 malam.
Anda boleh selitkan 2 snek di antara sarapan dan makan tengahari serta di antara makan tengahari dan makan malam. Yang sering kita dengar orang kata tea time. Setuju setuju?
Apa pula snek yang sihat? Anda boleh lihat entri saya sebelum ini 10 jenis buah yang diperlukan untuk diet yang sihat. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil mengikut keperluan dan secara konsisten ia mampu menurunkan berat badan anda. Resepi yang lain, boleh rujuk SINI.
Rahsia kurus yang bukan rahsia lagi #3 ini sangat mudah. Jadi, apalagi jomlah kita ke pasar-pasar mencari buah-buahan yang segar, menyihatkan serta boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan anda. :)



.jpg)




