Tips Pulihkan Bengkak Susu dengan Lecithin Shaklee
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Perkara ini sering terjadi pada ibu-ibu yang berpantang. Sangat menyeksakan sehingga boleh mengakibatkan demam ketika berpantang. Di sini saya nak terangkan kepada anda semua punca yang boleh menyebabkan bengkak susu dan bagaimana untuk pulihkan dengan Lecithin Shaklee.
Punca berlakunya bengkak susu
1) Jadual penyusuan yang tak teratur.
Masa anak baru lahir, anak akan kerap tidur. Jadi, sebagai ibu, kita perlu kejutkan anak untuk menyusu setiap 2 jam. Badan akan hasilkan susu mengikut prinsip supply dan demand. Semakin banyak susu yang dihasilkan, semakin banyak susu ibu dihasilkan.
2) Masa mengepam susu yang tidak seragam.
Selepas berpantang dan ibu kembali bekerja, kita perlu biasakan diri untuk mengepam di pejabat. Selalunya saya akan tetapkan selang 3 jam sekali untuk mengepam dan saya mesti buat power pumping sebelum subuh untuk menggalakkan lagi penghasilan susu. Juga untuk memberi signal kepada otak untuk menghasilkan susu.
Jika kita tak ikut jadual, susu akan memenuhi payudara dan ini yang akan menyebabkan bengkak susu. Apabila ini terjadi, ia juga akan menyebabkan penghasilan susu berkurang. Awas ye ibu-ibu.
3) Anak masih belum pandai menyusu
Jika anak anda masih belum pandai menyusu, anda perlu kerap mencuba dan mengajar anak untuk menyusu badan. Lebih banyak latihan anak mendatangkan hasil yang lebih cepat. Perkara ini kebiasaannya terjadi pada ibu-ibu muda dan ibu yang baru melahirkan anak yang pertama.
Lecithin membantu mengurangkan bengkak susu |
Petua memulihkan bengkak susu
Ibu-ibu disarankan mengambil lecithin untuk memulihkan bengkak susu. Jom kita lihat khasiat lecithin untuk menyusu:
- Mengurangkan risiko berlakunya bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
- Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu,
- Kebiasaannya ibu yang baru bersalin akan mengalami penyakit mudah lupa, lecithin membantu menyumbang memori yang lebih kuat kepada ibu.
- Memberi khasiat lecithin kepada bayi secara tidak langsung dan bagus untuk perkembangan otak bayi.
Doa yang dicadangkan untuk pengambilan lecithin sehari ialah 3600mg - 4800mg atau 1 kapsul (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan bengkak susu berkurang, dos pengambilan boleh dikurangkan.
Lecithin disarankan juga kepada ibu dalam proses pengurusan berat badan.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana