Muhammad Anak Ibu Yang Sentiasa Ibu Sayang
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Tengok Muhammad tengah tidur, hati rasa sayu. Teringat dia cakap malam tadi.
Ibu tak sayang anak ibu yang sorang ni
Kalaulah hati ibu ni boleh cakap dengan Muhammad, mesti Muhammad terkejut kan. Ibu sayang Muhammad banyak-banyak sayang. Muhammad lah cinta pertama ibu selepas berkahwin dengan abah. Muhammad lah pencetus ibu jadi ibu yang baik (errr..baiklah kan...takkan jahat pulak :D)
Abang Muhammad |
Muhammad tahu tak? Ibu sayang Muhammad kini dan selamanya.
Mode: Sambung renung wajah Muhammad
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana