Tips Melatih Diri Agar Sentiasa Positif
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Saya suka bila berada di sekeliling warga Jutawan Shaklee kerana mereka sangat memberi inspirasi kepada saya dan juga banyak membantu saya untuk sentiasa positif. Tetapi terdapat juga segelintir yang sukar untuk berfikiran positif. Bagaimana saya melatih diri untuk sentiasa positif? Antaranya ialah:
- Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
- Bergaul dengan orang-orang yang positif.
- Elakkan sesiapa sahaja yang berfikiran negatif, yang sentiasa mengeluarkan status negatif terutama sekali di dalam FB (Unfollow mereka). Bukan bermaksud putuskan hubungan tetapi untuk melatih diri anda agar sentiasa positif.
- Sentiasa bersyukur walau sedikit. (Jika yang sedikit itu pun anda sukar untuk bersyukur, bagaimana pula anda boleh mensyukuri nikmat yang sedikit)
- Sentiasa melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif.
Jom cuba latih diri agar sentiasa positif kawan-kawan. :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana