Cabaran 30 Hari | #13: 5 Blog Kegemaran
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Masa tahun 2009, masa mula-mula kononnya nak berblog saya suka lah follow kawan-kawan saya tapi lama-lama masing-masing tak update.. hihi..sebab suka-suka. Kemudian bermulalah pada tahun 2010, saya mula nak cari makanan yang boleh membantu saya boost kan susu saya. Masa ni Muhammad berumur 10 bulan, dia kuat minum susu. :) Jadi, di sinilah bermulanya sebuah cinta terhadap blog.
- Blog Kak cery - di sini lah saya jumpa macam-macam tips untuk saya boostkan semula susu saya. Di sini jugalah saya mula ambil suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan saya. Di sini jugalah saya belajar banyak tentang penyusuan. Best, sangat-sangat best. Hari-hari mesti buka blog beliau, nak baca sharing beliau. Sangat-sangat dari hati menusuk tertusuk ke hati. Impian nak jadi macam beliau juga, insyaAllah :)
- Blog Dr. Halina - kagum dengan beliau sebab beliau ni sangat cantik dan juga suka bagi tips keibu-bapaan, tips berkaitan anak dan macam-macam tips berumahtangga ni. Suka sangat cara beliau ajar anak-anak beliau dan yang saling saya suka beliau sangat-sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Yeahhhh! Geng! *Hi-5*
- Blog Maria Elena Zarul - beliau ni sesuatu. Tapi best. Islamic tau blog beliau ni. Banyak sangat pengajarannya yang boleh anda ambil. Contoh bagi ibu-ibu muda. Sesuai untuk anda yang muda-muda, terjah blog beliau ni cepat!
- Blog Bazlia - blog ni baru join juga. Sejak kami disatukan di dalam group whatsapp "Coordinator to be". Best juga blog beliau ni. Banyak sharing beliau yang kadang kala saya jadikan bahan rujukan juga.
- Blog Hana - blog saya sendiri! Aci tak? Saya suka baca blog saya ni. Kalau saya tak suka baca, siapa yang suka nak baca kan? Haa, kene angkat bakul sendiri lah. Memang suka perasan-perasan ni. Jemput lah singgah blog saya. Bestttttt! :D
Haa, ada banyak lagi sebenarnya, tapi nak 5 je kan. Jadi ini lah dia. Cepat-cepat terjah, best tau perkongsian mereka ni. Memberi inspirasi sangat-sangat.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana