Cabaran 30 Hari | #7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Boleh dikatakan bahawa dunia sekarang adalah dunia siber, dunia di hujung jari. Ramai di antara kita yang hendak mencuba untuk menjadi keyboard warrior untuk apa-apa sahaja isu berbangkit ketika itu. Saya sangat tidak menyokong perihal ini kerana apa sahaja yang tersebar di dunia siber ini belum tentu kesahihannya.
Jadi, apa kaitannya perkara di atas dengan pendidikan? Saya mencadangkan sesi persekolahan sekarang perlu ditambah pendidikan sivik atau pendidikan tentang kesedaran untuk apa sahaja isu berbangkit. Jika tidak boleh dilaksanakan di sekolah, boleh juga di war-warkan tentang kesedaran ini di media sosial sebagaimana gosip atau berita yang tidak sahih ini disebarkan.
Kasihan pula kan, asyik cikgu aja yang perlu ajar perkara-perkara ini. Tapi perlu bagi saya kesedaran ini diwar-warkan bermula dari sekarang untuk mengelakkan perkara ini semakin berleluasa. Bagaimana pula anak-anak kita nanti? Dunia sekarang semakin menakutkan saya.
Itulah pentingnya pendidikan bagi saya iaitu pendidik sivik. Penekanan tentang moral.
(hmm apalaa yang saya bebelkan...harapnya anda semua faham..)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana