Cabaran 30 Hari | #19: 1 Resepi Kegemaran Anda
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Hari ini lambat saya sahut cabaran hari ke 19, anak yang kedua ni demam pula. Meragam dan nakkan perhatian yang sangat lebih dari biasa. Sebut pasal resepi ni lama juga fikir sebab saya ni tak berapa pandai memasak lauk-pauk ni. Kuih-kuih atau kek ada juga lah yang pandai dan lebih suka buat kek.
Saya paling suka buat kek batik. Resepi memang sangat ringkas dan mudah. Saya pasti semua orang tahu macam mana nak buat kek batik ni kan. Kenapa saya suka resepi ini? Jeng..jeng..jeng..abah saya paling suka kek batik yang saya buat.
Walau adik atau kakak saya guna resepi yang sama, tetap juga kek batik saya yang paling sedap! :) Tiap-tiap tahun mesti abah akan suruh saya buat kek batik untuk beliau makan di pagi hari raya atau bila-bila sahaja. Abah sendiri yang akan beli bahan-bahannya. Kek batik saya ni keras (maksudnya keras macam biskut tu).
Saya pernah makan kek batik yang lembik, lemau biskutnya. Tekak ni tak boleh terima. Lain orang, lain seleranya kan? Nak tahu resepi saya?
Bahan-bahan:
250gm milo
1 cawan marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 paket biskut marie asli (dipatah dua)
Cara-cara:
- Masak marjerin dan susu pekat sehingga sebati menggunakan api sederhana. Setelah sebati, masukkan milo dan sebatikan, kemudian masukkan biskut.
- Setelah biskut disalut milo letak di dalam loyang. tekan sehingga mampat dan sejukkan. Setelah sejuk, boleh lah dipotong.
Pesanan: masa nak potong ni memang agak susah sebab keras (rangup) tetapi bila makan, memang nak lagi dan lagi dan lagi. :) Selamat mencuba!

1 comments:
Write commentsdont follow..follow me back ya ..salam ukhuwah ^_^
Replyhttp://yannieazzahra.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana