Cabaran 30 Hari | #14: Cerita Kasut Norhana Marsom
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Cabaran hari ke 14 diteruskan dengan penuh debaran. Pelbagai persoalan timbul di minda. Sesungguhnya entri kali ini hanya untuk pengetahuan umum sahaja.
Kasut saya yang best :) |
Dulu saya suka pakai kasut saya ni sebab sangat selesa. Kadang-kadang suami suruh juga pakai kasut ni walau saya pakai jubah. Cantik juga kan :) Sekarang ni dah kurang selesa sikit sebab kasut saya dah diubah suai mengikut perubahan saya. Nak tengok perubahannya?
Tadaaaa... |
Nampak tak perubahannya? Sebelah kanan di tambah untuk stabilkan kaki saya. Masa buat pengubahsuaian ni kamis suami isteri hanya bayangkan supaya kaki saya stabil tapi sangkaan kami salah. Bila dah mula pakai, saya makin rasa nak terjatuh. Mungkin kerana ianya tinggi? Sepatutnya lebih stabil juga lah kan.
Saya rasa saya perlu tempah kasut khas untuk kaki saya tapi kami masih belum berkesempatan lagi nak buat. InsyaAllah akan buat jugak nanti. Setakat ini saya pakai kasut yang ada. Penat lah juga tapi takpe saya redha dengan ujian Allah. Kalau saya ambil kisah dengan perubahan fizikal saya, mesti saya tak jadikan entri ini kan?
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana