Tips Kelihatan Cantik Dengan GLA Complex
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Pagi tadi Adaa, kawan dari group September kelolaan mama Shaklee ku, kongsikan 1 tips untuk nampak cantik ketika kita pakai bedak. Tipsnya sangat mudah. Hanya dengan menggunakan 1 biji dan juga bedak.
Kebiasaannya, kita akan menggunakan foundation sebagai asas sebelum kita sapukan bedak ke wajah untuk memastikan bedak tahan lama dan nampak lebih berseri. Ada juga segelintir yang tidak suka menggunakan foundation kerana asasnya berminyak dan membuatkan si pemakai tidak selesa. Penyelesaian kepada masalah ini ialah GLA Complex. Bagaimana?
Ambil 1 biji GLA Complex, cucuk dengan peniti dan sapu pada wajah. Kemudian, tekapkan bedak sedikit demi sedikit.
(1 biji GLA Complex, boleh disapu sehingga seluruh leher dan kedua-dua belah tangan dari siku ke bawah)
Hasilnya, bedak tahan lama dan muka bebas minyak.
Nampak menarik, kemudian saya terus buat. Betul, saya memang tak sangka bahawa GLA Complex ni boleh dijadikan asas bedak. Kulit saya rasa lembap sangat dan GLA ini tidak berbau ya. Jadi anda tak perlu risau. Ok, jom baca apa kata Adda:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana