Cabaran 30 Hari: #16: Siapa, Bagaimana Norhana Marsom 10 Tahun Lagi
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Hari Malaysia kawan-kawan. Tak sangka berjaya juga saya teruskan cabaran 30 hari ni. Soalan-soalannya ada yang ringkas dan ada juga yang susah nak buat kan. Terutamanya hari ini. Siapa saya dan bagaimana saya 10 tahun lagi? Hmm, jom kita tengok.
- Saya berumur 41 tahun masih lagi seorang suri rumah yang bekerja dari rumah atau ringkasannya WAHM. Menguruskan perihal rumahtangga dan anak-anak.
- JUTAWAN Shaklee yang dikenali seluruh rakyat Malaysia. Mempunyai kebebasan dalam perniagaan, kebebasan dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan, kebebasan dalam melakukan aktiviti kekeluargaan seperti bercuti, meluangkan masa bersama.
- Disayangi oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali saya dan juga seorang yang menyayangi makhluk Allah di bumi.
Saya sedang bekerja keras ke arah siapa saya akan datang. Apa yang kita usahakan sekarang adalah apa yang kita nak jadi akan datang.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana