Kelebihan Chewable Vitamin C Plus Shaklee
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Jika sebentar tadi saya ceritakan yang saya suka beri anak-anak saya makan chewable vitamin c plus dari shaklee kan. Pasti anda tertanya-tanya apa kelebihan vitamin ini sehingga saya berikan mereka vitamin ini ketika mereka demam atau tidak sihat?
Kelebihan Chewable vitamin c plus:
- Rasanya yang lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
- Lebih mudah dikunyah
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Menarik minat kanak-kanak dan dosnya bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.
- Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
- Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
- Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
- Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.
![]() |
| Bentuk chewable vitamin c plus shaklee mudah untuk dikunyah oleh kanak-kanak |
Kanak-kanak hanya perlu mengambil 1 tablet sehari sahaja dan makan setiap hari. Tetapi anak-anak saya ni bila ambil 1, akan mula lah menambah 2, 3 tablet kerana rasanya yang sedap. Sehinggakan kami terpaksa sorok botol-botol vitamin Shaklee ni. Jika tidak, habislah sebotol tu sehari.







