Followers

Showing posts with label Tips penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips penyusuan. Show all posts

Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Ibu Menyusu







Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ibu yang sedang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan mereka untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah pada bayi yang disusukan. Tempoh yang paling kritikal adalah semasa tempoh berpantang dan ianya mungkin akan berpanjangan sehingga umur bayi tersebut mencecah 1-2 tahun (mengikut pada ketahanan badan bayi tersebut). Ketika tempoh ini, setiap ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan.


Antara makanan yang perlu dielakkan ketika menyusu adalah:


1) Memakan terlalu banyak buah-buahan citrus seperti lemon, limau, oren.
  • Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mudah mengalami ruam lampin.


2) Makanan laut dengan kandungan merkuri yang banyak seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri.
  • Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi. Jadi, sila berhati-hati dalam memilih jenis makanan laut dan pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

3) Makanan yang boleh menyebabkan alahan.
  • Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi.

4) Alkohol.
  • Ia bukan sahaja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

5) Kafein.


  • Minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.

Ibu yang menyusukan anak perlu mendapatkan pemakanan yang betul di samping meminum air yang cukup.



Mitos dan Fakta Penyusuan Ibu Semasa Bencana

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni kita layan mitos dan fakta tentang penyusuan ini. Sangat berguna ketika ini, banjir.



4 Tips Penyusuan Ketika Hamil Style Ibu Hana

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Ketika hamil adalah waktu yang sangat penting untuk anda buat persedian dalam menjayakan perjalanan penyusuan anak anda sehingga 2 tahun, itu pun jika anda berhajat. Seperti biasa, akan saya berikan tips yang saya sendiri amalkan.


1) Persiapkan diri

Saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya hendak menjayakan penyusuan anak sehingga 2 tahun. Kenapa saya kata waktu ini adalah sangat penting? Supaya ia dapat membantu menggerakkan diri saya untuk sentiasa membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.


2) Persiapkan peralatan

Ketika ini juga, waktu yang anda perlu senaraikan peralatan atau gadjet penyusuan anda. Senaraikan jumlah wang yang perlu anda peruntukkan untuk itu. Peralatan yang diperlukan:

Ice pack

Plastic milk storage

Bottle milk storage

Breastpump

Cooller bag


* Boleh tambah, jika ada senarai yang saya tertinggal.

Jika perancangan dan sedikit budget untuk sediakan peralatan ini dibuat semasa hamil, ia boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan dengan membeli sedikit demi sedikit. Berbanding beli dalam satu masa, ia mungkin membebankan anda.


3) Tambah ilmu

Entri yang lepas, saya sudah tekankan tentang ilmu penyusuan tetapi kenapa saya tekankan lagi ketika ini? Ilmu penyusuan ni sangat luas dan terlampau banyak, jadi perlu di baca berulang-ulang kali untuk persediaan mental anda.


Sekurang-kurangnya ia membantu kita mengingatkan kembali apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa perjalanan penyusuan itu nanti.


4) Sering bercakap dengan bayi di dalam kandungan.

Pelik kan? Tapi apa nak dipelikkan sebab kita selalu dinasihatkan supaya perbanyakkan membaca AlQuran supaya bayi di dalam kandungan juga akan menyukai dan menjadikan AlQuran sebagai peneman mereka ketika mereka lahir nanti dan juga untuk melahirkan bayi yang bijak.


Jadi, sering bercakap dengan bayi tentang niat anda untuk menyusukannya selama 2 tahun tanpa susu formula juga boleh membantu anda. Kiranya ini teknik hinopsis kepada bayi lah. Tak percaya? Cubalah hamil dan lakukan segala tips di atas. Hehe gurau je.


Saya selalu amalkan begini:
Sayang, nanti awak lahir terus minum susu ibu tau. 
Sayang, awak kena minum susu ibu masa dalam labour room lagi tau.

Alhamdulillah, ketika anak kedua saya lahir dia sudah pandai minum susu saya. Kenapa saya berpesan begini kepada anak saya? Kerana ketika anak pertama saya lahir, beliau tidak pandai menyusu, hampir satu hari setengah juga beliau tidak pandai hisap. Jadi ianya pengalaman saya yang amat berharga untuk buat yang lebih baik pada anak yang seterusnya.  


Saya rasa cukup setakat empat ini sahaja tips ketika kehamilan, Jika anda ada pendapat atau tips penyusuan yang lain ketika sedang hamil, boleh tinggalkan komen di bawah.

Sharing is caring :)


4 Tips Penyusuan Sebelum Hamil Style Ibu Hana

Teks: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,

Saya pasti zaman sekarang ni ramai ibu-ibu yang berusaha sehabis daya untuk menyusukan anak kesayangan yang mereka kandung dan lahirkan. Saya pun begitu juga.


Perjalanan penyusuan anak pertama gagal ketika anak menginjak ke umur 7 bulan ke atas disebabkan kesilapan diri saya sendiri dan kurangnya ilmu dalam penyusuan. 



Sejak dari itu, saya berjanji pada diri sendiri untuk cuba sehabis baik dan belajar sebanyak-banyaknya tentang penyusuan untuk memastikan perjalanan penyusuan saya berjaya.


Di sini saya nak tekankan tips yang saya amalkan dari sebelum hamil:

1) Niat


Saya berniat untuk menyusukan anak kedua sehingga beliau berumur 2 tahun dari sebelum saya hamil dimana ketika itu anak pertama berumur 1 tahun 9 bulan. 



2) Doa

Saya sentiasa berdoa dari sebelum saya hamil sehingga bersalin, berpantang dan semasa proses penyusuan dari anak berumur 1 hari sehingga anak berumur 2 tahun. Antara doa saya;

Doa sebelum HAMIL.
Ya Allah ya tuhanku, limpahkanlah rezeki susu untuk anak kedua nanti sehingga beliau berumur 2 tahun.

 3) Tekad

Saya juga tekad memberitahu pada suami untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya dengan susu saya sendiri dengan izin Allah. Bila kita tekad, apa sahaja cabaran yang berlaku kita tetap akan teruskan apa yang kita hajatkan. Betul betul? Ketekadan ini lah yang membantu saya terus menjayakan penyusuan saya.


4) Tambah ilmu

Ini adalah masa yang sesuai untuk tambah ilmu penyusuan. Saya banyak mencari maklumat dari bagaimana nak pastikan susu sentiasa ada sebaik sahaja melahirkan, bagaimana cara menyimpan stok dari berpantang.


Dulu, saya gagal kerana saya tak mencari satu pun ilmu penyusuan. Ada juga cari tapi tak baca langsung. Rugi sangat masa tu. Jadi, selepas dari itu, saya gali ilmu ini sebanyak-banyaknya. Serta baca dari sekarang (ketika itu).


Kalau anda hendak berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun? Guna tips ni. Amalkan dari sekarang.


Labels

1 Hari 1 Hadis 5 tips kesihatan semasa jerebu 6 Tips Bekerja Ketika Hamil Advance Joint Health Tablet Ahli Shaklee Air AJHT Aktiviti Shaklee Alfalfa complex Alzheimer Anemia @ kurang darah Angin dalam badan Angin dalam badan ketika hamil Antioksidan Asid folik B complex bagaimana menjadi ahli shaklee Basic-H Batu karang Batuk Bekalan untuk Stay up Bekam Berpantang Berpuasa Botak Breastfeeding Buah pinggang Buta Malam Cabaran 20 Entries Cabaran 30 hari KBBA Cabaran Grup Mama Blogger Malaysia Cara Hilangkan Parut Cara kira waktu subur Cara pengambilan set kurus Cara pengambilan suplemen Cara Perbaiki Mood Anda Cara tingkatkan sistem imun Carotomax Catatan Harian Catatan Pengalaman Chewable Vitamin C Plus Cinch Energy Tea Mix Cinch Shake Collagen Powder Collagen Powder Shaklee Contest CoQ Health Plus Cyst Darah Tinggi Demam demam denggi Diet Diet Sihat Dish Wash Concentrate Eczema Endometriosis Energy Booster ESP ESP dan pelajar ESP untuk pelajar fast food Fibroid fungsi G.I Gangguan Prostat Garlic Gastrik GDM Get Clean Water Pitcher Giveaway GLA Complex Gluten Gout haid Haji Hamil Hati penyebab sakit Healing Crisis healthy fast food Herb-Lax Herbal Blend Cream Hilang Berat Badan Hipoglisemia atau kurang gula dalam darah Homemade scrub Ibu Berpantang Ibu Hamil Ibu Menyusu Indeks Glisemik Info: Vitamin Ingin Hamil Insomnia Instant food jangkitan jantung Jantung sihat Jeragat jerawat Jerawat batu Jerawat bernanah kalsium Kanser kanser rahim kanser serviks kayap air kayap ular kebaikan ESP Shaklee Kebas Keguguran Kehilangan Tulang keistimewaan ESP shaklee Kejang ketika hamil Kelab Blogger Jutawan Shaklee kelebihan get clean water pitcher Kelebihan performance drink kelebihan vitamin E Kelesuan Kelesuan Kronik Kemalangan Kenali Shaklee Kencing manis Kencing manis ketika hamil Kentang Rangup Kepentingan air Keputihan Kesan kekurangan lecithin Ketagih dadah Ketahanan badan lemah khasiat vitamin E Kitaran haid tidak normal Kolesterol Tinggi Krim Hormon Kriteria pemilihan soy protein Kudis Kulit Kering kulit kusam Kulit Mengelupas Lailatul Qadar Lecithin lelaki Letih Liebster Award Loya Luka jahitan Luka luaran dan dalaman magnesium Makan malam makanan jantung Makanan segera makanan sendi makanankolestrol Make Up Remover Nutriwhite manfaat manfaat performance drink Manfaat Vivix Masker Mealshake Mealshakes menang segmen Mengapa shaklee menjadi pilihan? menopause Migraine Minda kanak-kanak Minuman bertenaga selepas beriadah Morning sickness Muntah Nutriferon Nutrisi penting ketika haid Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak Omega Guard Ostematrix Pain killer Pantang larang vitamin Parut pelajar Pembedahan Penahan sakit Penapis air penapis air berkualiti penapis air murah Penapis air shaklee Pengedar Johor Pengedar Melaka Pengedar Perak Pengedar Selangor pengganti panadol Penglihatan Peppermint Ginger Plus perasaan penyebab sakit perbezaan esp shaklee Performance drink Period Perokok Petua hilangkan jeragat Petua pulihkan bengkak susu Phytocol-ST PMS Promosi Shaklee Protein Punca bengkak susu Punca ketidaksuburan Putus haid Quote of the day Rabun Rahsia Kurus rambut gugur Resdung Resepi Resepi Collagen Powder Shaklee Resepi Esp Resepi Meal shakes Revitalizing Shampoo Saham Akhiratku Sakit kepala Sakit sendi sayur-sayuran segmen Segmen Bersiri Ibuhana.com Selaput mata Selsema Sembelit Senarai Penuh Pengedar Senggugut Sering sakit Set Anemia @ Kurang Darah Set Batu Karang Set berpantang Set Berpuasa Set Berpuasa Kanak-kanak Set Cyst @ Fibroid Set Darah Tinggi Set Gastrik Set hamil Set Imun Set Insomnia Set kanak-kanak Set kecantikan Set Kehamilan Set kencing manis set keputihan Set Kesihatan Keluarga Set Kesihatan Optimum Set kesihatan wanita Shaklee Set Kurus Set Menyusu Set menyusu + berpantang + kurus Set Nutriwhite Set Resdung Set Sendi Set skin care Set Tulang Patah @ Retak Set Vitamin Cinta Shaklee Shaklee Effect siapa yang perlukan omega guard shaklee? makanan untuk otak. makanan kurus Sijil halal Shaklee SLE Stress Stretch mark Stroke Sustained Release Vitamin C Terapi urutan Stress terpilih bloglist hasrulhassan Testimoni AJHT Testimoni Alfalfa complex testimoni basic-H Testimoni Batu Karang Testimoni Berpuasa Testimoni Carotomax Testimoni Chicken Pox Testimoni Cinch Energy Tea Mix Testimoni Collagen Powder Testimoni Darah Tinggi Testimoni Dish Wash Concentrate Testimoni ESP Testimoni ESP+Performance drink Testimoni Garlic Testimoni Get Clean Water Pitcher Testimoni Gla Complex Testimoni Gout Testimoni Herb-Lax testimoni herbal blend cream Testimoni Ibu Menyusu Testimoni Kayap Testimoni Lecithin Testimoni Mealshakes Testimoni menopause Testimoni Migrain Testimoni Omega Guard Testimoni Ostematrix Testimoni peppermint ginger plus Testimoni Performance Drink testimoni scrub alfalfa Testimoni set berpantang Testimoni set hamil Testimoni Set kanak-kanak Testimoni set kecantikan Testimoni set kesihatan Testimoni set kurus Testimoni Set menyusu Testimoni Set Resdung Testimoni Set Sendi Testimoni Stretch mark Testimoni Sustained Release Vit C Testimoni Sustained Released Vitamin C Testimoni Vitalea Testimoni vitamin C Testimoni Vitamin E Testimoni Vivix Testimoni Zinc tidak boleh fokus Tip pemilihan vitamin C Tips Tips berniaga Tips kawal kolesterol. Tips kawal nafsu makan Tips kecantikan Tips kurus Tips Lindungi Otak Tips makan secara sihat Tips melegakan dan mengeluarkan batu karang Tips memilih kolagen terbaik Tips menaiki kapal terbang ketika hamil Tips mengawal masalah kencing manis ketika hamil @ GDM Tips menjaga jantung agar sihat Tips merawat selesema Tips minum air Tips minum air ketika berpuasa Tips pengambilan iron supplement Tips pengambilan makanan tambahan Tips penyusuan Tips Sihat Tiroid Tiub Fallopio Tersumbat Tiub fallopio tersumbat sebelah Toksin Tonsil bengkak Umrah Vertigo Vita-lea Iron Formula Vitalea Vitalea for children Vitamin C Sustained Release Vitamin Cantik Vitamin Cinta Vitamin E Vitamin Kanak-kanak Vitamin Kecantikan Vitamin Kesuburan Vitamin untuk Kulit vivix Wordless Wednesday Work At Home Mother (WAHM) zat besi Zinc Zinc sembuhkan luka jahitan