Resepi Donut Mudah
Teks: Norhana MarsomAssalamualaikum w.b.t,
Resepi Donut Mudah | Semalam saya beraktiviti di taska Ammar. Aktiviti buat mini donut celup coklat. Hee kanak-kanak memang suka lah. Saya ni kalau buat donut, banyaknya tak jadi. Tapi resepi umi erin ni (ibu salah seorang kanak-kanak taska) mudah sangat. Tak perlu tunggu yis kembang baru bancuh dan sebagainya. Lembut pun lembut. Okay, saya dah janji di facebook saya semalam. Dapat 50 likes, saya beri resepi.
Resepi donut mudah:
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu lemak sayur (vege shortening)
3 sudu gula halus
Air suam + sedikit garam (larutkan)
Cara-cara:
1) Gaul sebati tepung gandum, mauripan, lemak sayur dan gula halus.
2) Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Jangan sampai keras atau terlampau lembik.
3) Uli adunan sehingga adunan lembut, tidak melekit, tidak keras.
4) Canai adunan dan tekapkan dengan acuan donut kecil.
5) Biarkan adunan 15 min (kembang sedikit).
6) Goreng donut, sejukkan kemudian boleh letak topping coklat tadi. Hiaskan dengan choc rice berwarna warni, oreo atau nestum.
Cara membuat topping: Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiling.
Itu sahaja. Siap!
Mudah kan? Selamat mencuba!
2 comments
Write commentssaya nie peminat tegar donut..hihi...senang je resepi...boleh try nie..
Replydonut pun gebu...yg pling sy suka..x yah tunggu yeast kmbang....
Betul tu, tak perlu tunggu yis kembang. Ini pun part yang paling saya suka
ReplyTerima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana