All Is Well
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Pagi ni saya ada temujanji di Hospital Putra, Melaka. Nak buat rawatan untuk tujuan kes saya (tragedi 20.9.2013). Ada pelbagai perasaan sebab saya tahu akan dapat lagi satu kenyataan dari doktor kat sana.
Selepas kejadian tu, kaki saya jadi panjang sebelah tetapi pihak Hospital Muar kata saya memang berkeadaan begini sejak lahir. Tak masuk akal langsung sebab saya sihat walafiat sahaja sebelum ini. Tak pe lah, kes pun dah nak jalan. Kita tunggu laporan doktor swasta ni nanti macam mana.
Saya memang dah sedia dan redha dengan ketentuan Allah ni tapi ada masa gerun juga nak dengar butir perkataan dari doktor kan? Siapa pernah alami perkara ni?
Harapnya semuanya tiada masalah. Berfikiran positif lebih bagus kan? Doakan saya :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana