#1: Vitamin Untuk Mereka Yang Pernah Patah Kaki
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Baru ada masa nak update entri. Tadi pergi kenduri kahwin kat kampung ni. Tak tolong rewang tapi rewang makan je. :) Nak dijadikan cerita, tadi ada seorang makcik ni tanya lah saya ni. Yelah kena pula dengan hari ini cukup setahun kemalangan kan (okay, masih berhutang satu entri).
Okay berbalik pada soalan makcik tadi. Beliau tanya saya, apa yang saya ambil untuk kaki saya ni. Boleh dikatakan teruk juga kemalangan saya dulu, patah peha kanan dan dislocate serta retak pinggul kiri. Masuk besi khas sahaja untuk pinggul kiri tu ya. Ada 2 jenis untuk sebelah kiri tu. (Nanti saya kongsikan gambar x-ray tu ya).
Kemudian, saya bagitahu yang saya ni makan shaklee sejak tahun 2010 jadi saya hanya amalkan itu sahaja dan ada juga berurut kampung. Saya ambil ESP, Ostematrix, Vivix, Zinc, Vit C, Vitalea, B Complex, Omega Guard dan AJHT (ada lagi vitamin lain, kalau senaraikan macam nak kata makan semua je). Haa banyak. Terkejut makcik tu. Tapi yang memang khusus untuk tulang yang patah tu, boleh lah saya cadangkan anda yang patah kaki ni ambil ESP, Zinc dan Ostematrix untuk yang bajet rendah.
Kenapa saya cadangkan 3 vitamin ini? Mari saya terangkan kelebihan vitamin-vitamin tersebut ye.
ESP:
- Mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. - saya tiada luka luar tapi saya pasti kat dalam mesti banyak yang luka. Kita tak nampak kan. Parut jahitan pula, saya puas hati, tak teruk sangat cantik je. :)
- Merangsang pembentukan semula otot dan kulit: semasa kita kemalangan, otot kita banyak yang dah cedera tau, jadi ESP penting untuk pembentukan semula otot ni.
- Mengembalikan kepejalan otot.
- Memberi tenaga: Ini penting sebab saya dah terbaring tanpa boleh bergerak langsung, rasa-rasa ada tenaga ke tak? Tiada ya. Saya hanya mampu goyang-goyang badan ke kanan dan ke kiri itu pun kadang-kadang je. Jadi ESP membantu saya untuk kekal bertenaga walau berbaring lebih 24jam. Sebenarnya 480 jam tau. (Ini di hospital je, belum tambah lagi ketika di rumah.)
>>> Testimoni ESP
Zink:
- Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman: Boleh lihat testimoni bibir saya berjahit. Anda pastinya teruja.
>>> Kelebihan Zinc
Ostematrix:
- Menguatkan tulang dan sistem saraf.
- Mengurangkan rasa kebas, kejang dan sakit sendi.
- Meringankan tekanan: Duduk di hospital selama 20 hari, mesti rasa tertekan kan? Jadi, ostematrix membantu saya untuk kekal tenang.
Kesannya pada saya, tulang saya cepat bersambung badan saya cergas dan Alhamdulillah Allah izinkan saya boleh bangun, berdiri dan mula berjalan dalam masa 2-3 bulan selepas kejadian. Doktor menganggarkan 6 bulan hingga setahun tau. Mereka pun terkejut! Kuasa Allah!
Kalau ada kenalan yang patah kaki atau retak, jangan lupa cari saya ya. Kita bercakap one-to-one berdasarkan pengalaman yang ada. (Maaf entri saya terpanjang pula.)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana