Selamat Hari Malaysia!
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Baru perasan hari ni cuti. Patutlah saya tengok suami saya santai je pagi-pagi ni. Maklumlah, sejak duduk rumah ni saya dah kurang alert bab cuti-cuti ni. Ok, berbalik pada tajuk asal.
Selamat hari Malaysia semua! |
Apa yang anda fikirkan pada hari Malaysia ini?
Tak kan suka sebab dapat cuti sahaja kan?
Hari Malaysia adalah di mana tertubuhnya pembentukan Malaysia yang telah dirancang pada 1 Jun 1963 tetapi terpaksa ditangguhkan atas isu-isu yang berbangkit. Penubuhan ini telah menyatukan semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.
Semoga negara kita akan terus aman dan damai.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana