Cabaran 30 Hari | #15: Surat Kepada Seseorang
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Sampai kita ke hari ke 15 cabaran 30 hari oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Saya sahut cabaran ini!
Yeeehaaaaa! |
Kepada xxxx,
Encik mungkin tak kenal siapa saya kerana surat ini tidak bernama. Sejak setahun yang lepas, saya teringin sangat nak tulis surat untuk encik tapi tak berpeluang. Encik dah bersedia nak baca?
Encik,
Encik tak pernah ke pergi kawasan yang encik nak pergi setahun yang dulu tu? Baru pertama kalikah sehingga encik teragak-agak nak masuk lorong tu? Encik tak nampak ke kereta kami dah dekat sangat ketika itu? Encik tak boleh berfikir dengan waras ke masa tu? (Banyak lagi soalan nak tanya ni encik, tapi tak payah lah kan)
Encik,
Kenapa encik tak pernah datang melawat saya ketika saya di hospital? 20 hari tau encik, bukannya 20 minit. Uish panjangnya masa 20 hari tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan encik.
Encik,
Apa perasaan encik ketika itu encik? Apa pula perasaan encik selepas setahun ni encik? Kes pun dah nak naik mahkamah. Ish saya rasa macam tak nak pula tengok muka encik. Saya rasa kalau saya bertembung dengan encik pun, saya tak tahu encik adalah encik.
Encik,
Sebenarnya saya nak cakap, bukan salah encik pun masa kejadian tu. Semuanya sudah ditakdirkan Allah. Saya redha sejak kejadian berlaku lagi. Sejak kereta saya berpusing 360 darjah tu. Encik ingat tak?
Encik,
Saya tahu encik baik. Saya harap kejadian setahun yang lepas itu memberi 1000 kebaikan kepada encik untuk masa-masa akan datang dan juga memberi pengajaran yang sangat bermakna. Saya rasa saya beruntung dipilih untuk menjadi mangsa ketika itu. Kerana, saya sekarang adalah SAYA YANG BARU.
Sekian, have a good day.
p/s: Encik di atas berbangsa cina menaiki kereta hilux berwarna emas.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana