Tragedi Terawih Pertama dan Ramadhan Pertama
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, selesai sudah terawih malam pertama Ramadhan. Anda semua bagaimana? Dapat mengerjakan solat sunat terawih? Syukur, Alhamdulillah..
Malam tadi, en suami solat sunat terawih di surau. Saya seperti tahun lepas, terawih di rumah sahaja sebab masih ada anak kecil. Tragedi menyayat hati sebentar tadi, Ammar menangis-nangis nak ikut abahnya solat. Dia ingat abahnya nak pergi berjalan-jalan agaknya tu.
Menangis sampai berguling-guling sambil cakap sayang abah (dalam bahasa pelatnya lah). Kesian ada, nak ketawa pun ada. Sudahnya,abahnya pergi juga. Jadi, banjir laa sekejap rumah ni. :)
Itu cerita si adik. Ini cerita si abangnya pula. Selepas en suami balik dari surau, kami mentarbiyahkan Muhammad tentang puasa esok. Semuanya dia faham. Tiba-tiba kami teringat yang dia masih hisap puting kosong. Errr..
Merengek dia sedih sebab tak dapat hisap puting esok. Tapi en suami kata, bagi hisap kalau dia ingat sahaja. Jadinya, kita tengok kejadian puasa dia esok. Menu sahur yang di minta Muhammad ialah burger telur. Ringkas!
Akhir kata, selamat berpuasa buat kawan-kawan semua. Semoga dapat tingkatkan ibadah dan ibadah kita diterima olehNYA.
SALAM RAMADHAN!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana