Cloth Diapers Berumur 2 Tahun Masih Berguna!
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Bermula awal bulan Mei 2014, saya dah tak hantar anak yang kecil saya (Muhammad Ammar Zakwan) ke rumah pengasuhnya lagi. Sebab keadaan kesihatan saya boleh dikatakan 100% pulih. Alhamdulillah, diberi keizinan Allah SWT jaga anak sendiri depan mata.
Anak saya ni jenis kuat makan, kuat juga membuangnya. Lasak pula tu. Sekejap sahaja main, berpeluh walaupun baru sahaja lepas mandi. Rimas juga kan bila tengok dia berpeluh, jadinya saya suka laa sangat-sangat nak mandikan dia. Dia pun memang suka main air. Maklumlah, budak-budak.
Suatu hari tu, tiba-tiba suami berbunyi.
"Adik ni satu hari berapa banyak pampers yang dia pakai..satu pack sebulan pun tak cukup"
Erkkk..Otak ligat fikir. Macam mana ya cara nak kurangkan penggunaan pampers. Nak kurangkan kos juga tu kan. Susu memang dah sangat-sangat kurang lah sebab saya masih menyusukan dia sehingga sekarang (setahun 7 bulan), insyaAllah akan teruskan sehingga 2 tahun atau lebih dari itu. Selagi dia nak, dan selagi ada susu.
Kemudian, teringat pula cloth diapers yang saya beli dengan kak Siti Noriza Saleh. Tapi dah lama sangat. Saya beli masa mula-mula dapat tahu saya mengandungkan Ammar ni. Kira-kira 2 tahun yang dulu lah kan. Sebab Ammar pun dah setahun 7 bulan sekarang ni. Konon-kononya dulu nak jimatkan penggunaan pampers. Tapi tak dapat sokongan encik suami. Hihi..
Jadi, bermulalah episod ber 'cloth diapers' untuk Ammar ketika umurnya setahun 7 bulan. Hihi..Seronok juga tengok sebab cantik. Tapi CD saya tak lah cantik sangat. Kosong sahaja. Beli yang murah, tapi murah-murah pun 1 tu dalam RM20, sekarang mungkin lebih murah kot.
Gambar google..saya punya orange, soldier green, red heart, darck choco dan black rose |
Cantik kan! |
Ada 2 inserts |
Haa ini cloth diapers saya jenama GG Babies. Boleh laa pakai dalam masa 5 bulan ni sementara nak ajar Ammar tak pakai pampers lagi kan.
Boleh tengok tips penjagaan di sini: http://imranimtiyazwardrobe-clothdiapers.blogspot.com/2011/08/tips-dan-cara-agar-cloth-diapers-tahan.html
Cara mencuci di sini: http://imranimtiyazwardrobe-clothdiapers.blogspot.com/2011/08/cara-mencuci-cloth-diaper.html
Panduan memilih cloth diapers di sini: https://www.facebook.com/notes/cloth-diapers-popok-bisa-dicuci/panduan-memilih-cloth-diapers/144177312293437
Setelah beberapa hari menggunakan cloth diapers ini, kesimpulan yang saya dapat buat ialah SANGAT JIMAT!!! Sebab sehari saya hanya menggunakan 1 sahaja pampers pakai buang. Sebab masih ada baki banyak kan, jadi gunakan sampai habis lah. Kalau tak, membazirnya, siapa yang nak pakai.
MISI MENGURANGKAN KOS BERJAYA!
Jom berCD. :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana