Cara Kembalikan Berat Badan Normal #5
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Cara kembalikan berat badan normal yang ke 5 sangat mudah iaitu makan malam yang ringan.
Kebanyakan mereka yang sedang menjalankan proses penurunan berat badan atau dengan kata mudahnya diet sering mengabaikan waktu makan malam. Tetapi hari disedar, bahawa makan malam adalah sangat penting.
Konsepnya begini, diet yang seimbang / sihat adalah makan mengikut waktu dalam jumlah yang sedikit. Bermaksud kita perlu kita perlu mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika anda mengikuti entry saya yang lepas, saya ada menekankan, seseorang yang sedang diet perlu mengambil minum pagi dan minum petang. Ia bertujuan mengelakkan seseorang itu terlalu lapar dan menyebabkan mereka makan dalam jumlah yang banyak.
Waktu makan malam
adalah selewat-lewatnya jam lapan malam. Tetapi adalah disyorkan untuk anda
makan di antara jam enam hingga tujuh malam. Waktu makan malam lebih
awal boleh memberi ruang kepada perut anda untuk menghadam makanan
sebelum waktu tidur anda.
Bacaan berkaitan:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana