Tragedi 20 September 2013 Terimbas Kembali
Teks: Norhana Marsom
Assalamualaikum w.b.t,
Maafkan saya, entry ini tiada gambar. Quick update! Saya sedang dalam perjalanan balik kampung halaman di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor.
Ketika memasuki highway Senai-Desaru, sebuah kereta proton Persona memotong kami dengan sangat laju. Kemudian, sampai di selekoh suami ternampak kereta tersebut telah berpusing ke arah bertentangan. Mujur tak banyak kereta ketika itu.
Saya sempat menoleh ke arah kereta tersebut, terdapat sepasang suami isteri bersama 2-3 orang anak kecil. Allahuakbar! Jantung saya berdegup sangat laju. Mampu berdoa dan perlahankan kereta berhenti tepi untuk hulurkan sedikit bantuan.
Alhamdulillah, kereta tersebut masih boleh bergerak dan tiada sebarang kerosakan. Kami pastikan mereka berlalu melepasi kami. Mereka juga sempat membuat isyarat menunjukkan mereka dalam keadaan baik.
Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Tragedi 20 September 2013 terimbas kembali dengan perasaan syukur, insaf, sayu, hiba dan takut.
Semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi dituju.
Kepada yang mempunyai perancangan untuk memulakan percutian atau perjalanan, berhati-hati di jalanraya dan pandulah dengan berhemah.
"Pandu cermat, jiwa selamat"
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana