Indahnya Bergelar Surirumah!
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, hari ini masuk bulan ke 9 (termasuk cuti sakit 6 bulan) saya bergelar seorang surirumah. Sangat indah perasaan ini. Dah lama saya impikan menjadi seorang suri rumah, dapat menjaga anak dengan tangan sendiri, dapat lihat anak membesar dengan mata sendiri, dapat mengajar anak dengan kudrat sendiri. Tapi saya juga masih sedar, sendiri itu tetap juga dengan bantuan Allah yang Maha Kuasa, Maha Pemberi, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segalanya.
Keinginan menjadi suri rumah sepenuh masa bertitik tolak dari perubahan sikap anak saya yang sulong, Muhammad Afham Zafran semasa umurnya menginjak ke 2 tahun pada tahun 2013. Dia mula menunjukkan sikap tidak suka saya pergi bekerja. Bila di hantar ke rumah pengasuh, dia tak lambai saya pun, muka masam mencuka terus masuk dalam rumah. Setiap hari juga mesti dia akan cakap dengan saya 'Ibu, tak payah kerja laa'. Malam sebelum tidur pun cakap lagi sambil peluk 'Bestnya ibu ada kat rumah'.
Allahuakbar!
Cair, merintih, menangis hati ni mendengar luahan anak. Ibu mana yang suka tinggalkan anak kat tangan orang lain kan. Saya yakin, semua ibu di dunia ini sangat mengimpikan gelaran suri rumah sepenuh masa.
Hari ini, saya sangat gembira sebab dapat melayan apa sahaja kerenah kedua-dua anak saya di rumah sambil bekerja dan tanpa meninggalkan mereka sesaat pun. Aduh, macam mana ni, kejap suri rumah, kejap bekerja. Ya, saya suri rumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah!
Haa, nanti saya ceritakan lebih lagi ya! Ada hal lain nak kene buat ni. Bye semua!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana