Resolusi Jadi Langsing Dengan Gembira
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Ramai yang mula putus asa untuk berdiet kerana hasil yang diterima tidak menampakkan hasil. Adakah anda ketahui peraturan mudah mendapatkan tubuh idaman TANPA SEKATAN yang amat menyeksakan?
Saya juga sedang dalam proses diet tetapi bukan saya yang berdiet ya kawan2. Proses diet itu untuk suami saya. Jadi, saya sering mencari jalan penyelesaian atau apa saja pilihan dan cadangan untuk memastikan suami mendapat tubuh idaman beliau.
Jom kita lihat peraturan yang saya dapat dari buku Nona, Januari 2011.
KARBOHIDRAT BUKAN MUSUH
- Suatu masa dulu, diet rendah lemak menjadi kegilaan buat pengamal diet Atkins. Tapi untuk jangka masa panjang, tiada siapa pun dapat bertahan.
- PERATURAN: Jangan sekat pengambilan karbohidrat! Anda tahu ia sangat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh. Jadi, amalkan lima hidangan bijirin setiap hari terutamanya yang berasaskan bijirin penuh seperti oat dan beras perang dalam saiz kecil.
- Kolesterol di dalam telur kuning sebenarnya sangat kecil berbanding jumlah gram lemak tepu yang terdapat pada daging berproses.
- PERATURAN: Telur kuning mengandungi protein, kalsium dan zat besi. Anda masih boleh mengambil telur kuning sebagai sebahagian diet seimbang tapi elakkan sama sekali makanan daging berproses seperti salami.
- Benarkah mengudap akan menaikkan nafsu makan? Kajian terbaru oleh British Journal of Nutrition mendapati bahawa tiada kenaikan berat yang signifikan di antara wanita yang mengudap dan tidak mengudap.
- PERATURAN: Terasa asyik ingin mengudap? Bawalah bekal buah-buahan kering seperti kismis, kurma atau prun di sisi. Namun harus diingat bahawa anda tetap perlu mengawal 1,200 kalori seperti disarankan untuk kurus.
- Kajian oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa menunjukkan bahawa anda tidak akan gemuk kerana bila waktu anda makan, tetapi APA yang anda makan.
- PERATURAN: Anda boleh makan selambat mana yang disukai, tapi jangan sesekali melebihi kalori yang diperlukan. Jangan biarkan perut terlalu lapar sebelum makan kerana ini juga akan mendorong anda makan malam berlebihan. Pastikan anda tunggu kira-kira dua jam sebelum tidur untuk penghadaman.
- Jika biarkan perut kosong terlalu lama, tanpa sedar anda mungkin akan makan berlebihan. Lebih-lebih lagi ketika tertekan, makan bagaikan suatu terapi untuk mengubati perasaan.
- PERATURAN: Puaskan keinginan makan secara sederhana. Anda boleh menikmati makanan-makanan yang digemari tetapi dalam saiz yang kecil.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana