Cara Kembalikan Berat Badan Normal #2
Teks: Norhana Marsom
Gambar: Google
Assalamualaikum w.b.t,
Air adalah unsur paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair malahan organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa
pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang
mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan
minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Cara kembalikan berat badan normal seterusnya ialah air.
#2 Minum air
Dehidrasi boleh ‘meniru’ rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan anda lebih kenyang.
Jadi, untuk anda mengelakkan diri dari makan dalam kuantiti yang banyak, anda dinasihatkan untuk mengambil 1 gelas air masak sebelum makan dan 1 gelas air masak selepas makan. Ini akan membantu anda kenyang dengan lebih cepat.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca entri saya ini. Boleh juga dikongsikan info ini buat panduan semua.
Senyum selalu,
Ibu Hana